Pengurusan masa profil persendirian

Beh, Cheng Yik (2008) Pengurusan masa profil persendirian. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001895.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Objektif kajian ini adalah mengukur profil pengurusan masa persendirian dalam pelajar akhir tahun SST, menentukkan hubungan korelasi di antara lima dimensi pengurusan masa profil persendirian, menentukkan perbezaan signifikan di antara lima dimensi terhadap pemboleh ubah demografi, menentukkan kebolehpercayaan soal selidik pengurusan masa profil persendirian dan mengurangkan 40 item kepada beberapa faktor yang menerangkannya. Skop kajian hanya tertumpu kepada 50% pelajar akhir tahun SST, dan kajian hanya untuk sarnpel ini. Analisis yang digunakan adalah Ujian kebolehpercayaan, ujian analisis faktor, ujian ANDVA satu hala dan Ujian korelasi Pearson. Seramai 242 orang pelajar tahun akhir SST telah memberikan maklum balas terhadap soal selidik yang dikemukakan. HasH reliabiliti adalah 0.739 menunjukkan soal selidik adalah sederhana konsisten. Hasil analisis faktor mengurangkan 40 item dalam soal seldik kepada 13 faktor yang menerangkannya. Hasil ujian ANOVA satu hala menunjukkan terdapat perbezaan signifikan di antara bangsa Melayu dengan Cina dalam dimensi pendekatan kepada struktur. Terdapat perbezaan signifIkan di antara responden yang beragama Islam dengan agama Buddha dalam dimensi pendekatan kepada struktur. Seterusnya, terdapat perbezaan signifikan diantara pemah bekerja dengan tak pernah bekerja dalam dimensi gaya pemprosesan. Hasil mengukur pengurusan masa profil persendirian menunjukkan dalam dimensi perhatian kepada tugas ramai responden adalah golongan kurang tertumpu. Dalam dimensi jenis tumpuan ramai responden adalah golongan kurang terperincian. Dalam pendekatan kepada struktur ramai responden adalah golongan kurang peka. Dalam gaya pemprosesan bilangan respond en di golongan bersiri dan golongan selari adalah lebih kurang sama Dalam dimensi tindakan strategi ramai responden adalah golongan kurang proaktif. Hasil korelasi Pearson menunjukkan dimensi perhatian kepada tugas berhubungan positif dengan gaya pemprosesan dan tindakan strategi. Dimensi jenis tumpuan berhubungan positif dengan pendekatan kepada struktur dan gaya pemprosesan tetapi berhubungan negatif dengan tindakan strategi. Gaya pemprosesan berhubungan positif dengan semua dimensi.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: ANOVA, time management, profile personality, Pearson correlation test, reliability test, factor analysis test
Subjects: Q Science > QA Mathematics
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 14 Feb 2014 12:11
Last Modified: 12 Oct 2017 08:07
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8230

Actions (login required)

View Item View Item