Noor Intan Farina Zulkefli (2007) Kesan seed pelleting ke atas pembintilan kacang buncis (Phaseolus vulgaris L.). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000001905.pdf Download (1MB) | Preview |
Abstract
Eksperimen ini bertujuan untuk mengkaji 'seed pelleting' ke atas pembintilan kacang buncis (Phaseolus vulgaris L.) dengan menggunakan empat jenis bahan pembalut biji benih dan satu sebagai kawalan. Bahan pembalut yang digunakan adalah kapur, CIRP, debu gandum dan tanah liat. Cerapan telah dibuat ke atas perkembangan bintil akar pokok 10, 20, 30 dan 40 hari selepas tanam. Selain itu, cerapan ke alas tumbesaran bahagian atas pokok dan bahagian akar pokok juga disampel to, 20, 30 dan 40 hari selepas tanam. Hasil lengai pokok diambil 40 hari setepas tanam. Dari cerapan yang telah dilakukan adalah didapati bahan pembalut yang berbeza tidak memberi kesan bererti ke atas pembintilan (10-40 hari selepas pokok ditanam) atau pertumbuhan akar apabila pokok berumur 30-40 hari. HasH biji benih bagi pokok yang tumbuh dari biji benih yang dibalut dengan kapur memberikan kesan yang bererti ke atas pertumbuhan bahagian atas pokok (10-40 hari selepas pokok ditanam) dan pertumbuhan akar apabila pokok berumur 10-20 hari.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | seed pelleting, nodulation, French bean, planting |
Subjects: | Q Science > QK Botany |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 19 Feb 2014 13:48 |
Last Modified: | 12 Oct 2017 08:14 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8250 |
Actions (login required)
View Item |