Ilyana Sari Ridzwan (2005) Kesan perbezaan kepekatan fosforus dalam media Conway terhadap pertumbuhan dan komposisi biokimia bagi Nannochloropsis spp. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000001912.pdf Download (2MB) | Preview |
Abstract
Kajian ini telah dijalankan di Institut Penyelidikan Marin Borneo, UMS. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji kesan pengkulturan Nannochloropsis spp. dalam media Conway dengan menggunakan kepekatan fosforus yang berbeza. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan rekabentuk lima kepekatan fosforus (NaH₂.PO₄.4H₂O) yang berbeza dalam media Conway untuk tujuan pengkulturan. Lima kepekatan fosforus (NaH₂.PO₄.4H₂O)) yang digunakan adalah 10mgL�¹, 20mgL�¹ , 30mgL�¹, 40mgL�¹ dan 50mgL�¹. Kepekatan fosforus pada 20mgL�¹ digunakan sebagai kawalan. Kaedah pengkulturan yang digunakan adalah kaedah pengkulturan stok tulen sehingga kepada pengkulturan massa yang dilakukan di luar makmal. Selepas proses penuaian tamat, analisis kandungan protein, lipid menyeluruh, organik, abu dan klorofila dijalankan. Keputusan kajian menunjukkan bahawa sampel Nannochloropsis spp. yang dikultur dalam media yang mempunyai kepekatan fosforus sebanyak 40 mgL�¹ adalah yang paling efektif. Sampel tersebut mengandungi 0.17±0.035 mgL-1 klorofila , 57.54±1.24 % protein menyeluruh, 13.86±1.57 % lipid menyeluruh, 5.20±1.40 % organik dan 23.40±1.07 % abu. Manakala pada kepekatan fosforus yang rendah iaitu 10 mgL�¹ , sampel hanya mengandungi 0.06±0.0013 mgL�¹ klorofilɑ , 36.27±2.33 % protein menyeluruh, 7.55±0.98% lipid menyeluruh, 38.58±0.52% organik dan 17.62±1.86 abu. Didapati kandungan komposisi protein, lipid, abu dan klorofilɑ dalam Nannochloropsis spp. meningkat dengan meningkatnya kepekatan fosforus yang digunakan. Namun begitu apabila kepekatan kandungan fosforus ditarnbah kepada 50mgL-1 nilai komposisi protein, lipid, abu dan klorofilɑ dalam Nannochloropsis spp. didapati merosot dan berkurang
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | IPMB, phosphorus concentration, Nannochloropsis spp., Conway media, harvesting process |
Subjects: | S Agriculture > SH Aquaculture. Fisheries. Angling |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 19 Feb 2014 13:50 |
Last Modified: | 12 Oct 2017 08:18 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8257 |
Actions (login required)
View Item |