Aliran permukaan dan hakisan tanah di legeh terpilih dalam Universiti Malaysia Sabah (UMS)

Siti Norfadhilah Zainal Abidin (2007) Aliran permukaan dan hakisan tanah di legeh terpilih dalam Universiti Malaysia Sabah (UMS). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001920.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini menentukan nilai aliran permukaan dan hakisan tanah pada legeh bukit di Kolej E di dalam Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, 8abah. Data dikumpulkan daripada pembinaan enam plot aliran pada tiga lokasi yang berbeza termasuk tiga plot duplikat berdasarkan kajian mikroskala dari 8 September hingga 24 Disember 2006. Nilai aliran permukaan dan hakisan tanah adalah berjulat antara 88.75 mm hingga 211.56 mm dan 129.72 gm�² hingga 1436.18 gm�² masing-masing sepanjang tempoh kajian. Ia diperoleh daripada kawasan struktur tanah kombinasi berjulat dari lumpur medium hingga pasir kasar. Berdasarkan data literatur, nilai jumlah aliran permukaan dan hakisan tanah yang diperoleh daripada enam plot tersebut dikategorikan sebagai rendah. Analisis statistikal yang dilakukan ke atas data-data umumnya menunjukkan korelasi yang tinggi dalam hubungan jumlah hujan-aliran permukaan dan hubungan aliran permukaan-hakisan tanah dalam perbandingan di antara plot-plot. Namun demikian, kecerunan legeh didapati tidak berkorelasi dengan aliran permukaan mahupun hakisan tanah. Oleh itu, tumbuhan litup bumi yang menjadi pemboleh ubah dalam kajian ini adalah signifikan dalam mempengaruhi aliran permukaan dan hakisan tanah.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Surface runoff, erosion, hill slope, soil structure, vegetation cover
Subjects: Q Science > QE Geology
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 20 Feb 2014 11:16
Last Modified: 12 Oct 2017 11:47
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8283

Actions (login required)

View Item View Item