Kesan ubat albendazole terhadap helmin gastrousus di kalangan kanak-kanak Sekolah Kebangsaan Darau, Menggatal, Sabah

Chong, Siok Yian (2006) Kesan ubat albendazole terhadap helmin gastrousus di kalangan kanak-kanak Sekolah Kebangsaan Darau, Menggatal, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001934.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian mengenai kesan ubat Albendazole terhadap helm in gastrousus di kalangan kanak-kanak telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Darau, Menggatal. Sebanyak 150 sampel telah dikutip dari darjah satu, dua dan tiga. (50 sampel dari setiap darjah) Teknik calitan langsung, Harada-Mori, Telemann dan juga Kato-katz telah digunakan dalam pemeriksaan telur dan larva. Sejumlah 27 infeksi positif, bersamaan dengan 18%, telah dikesan daripada 150 sampel. Jenis helmin gastrousus yang dijumpai pada sampel kanak-kanak yang dikaji adalah seperti Ascaris lumbricoides (51.85%), Trichuris trichiura (40.74%), Strongyloides stercoralis (7.41 %), Hymenolepis nana (7.41 %) dan Taenia saginata (3.70%). Ujian-t berpasangan digunakan untuk mengkaji keberkesanan ubat terhadap helmin gastrousus. Keputusan yang diperolehi menunjukkan terdapat pengurangan jumlah bilangan telur dalam sampel tinja kanak-kanak selepas rawatan (p<0.05). Kadar pemulihan dan kadar pengurangan telur telah mencapai 100% selepas rawatan dan dapat disimpulkan bahawa ubat Albendazole adalah sangat efektif terhadap helm in gastrousus.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Albendazole, cure rate, egg reduction rate, intestinal helminth, infection
Subjects: ?? QR180 ??
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 12 Mar 2014 11:05
Last Modified: 12 Oct 2017 11:56
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8309

Actions (login required)

View Item View Item