Keberkesanan rumput laut tiruan sebagai pemerangkap sedimen

Shahrul Shahbudin (2006) Keberkesanan rumput laut tiruan sebagai pemerangkap sedimen. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001941.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian ke atas keberkesanan rumput laut tiruan sebagai pemerangkap sedimen telah dijalankan di pesisiran pantai berhampiran jeti lnstitut Penyelidikan Marin Borneo. Kawasan kajian dibahagikan kepada tiga stesen iaitu stesen A (dengan kepadatan rumput laut tiruan sebanyak 65%), stesen B (dengan kepadatan rumput laut tiruan sebanyak 50%), dan stesen C (kawalan) di mana setiap stesen terletak sejauh 5 m antara satu sama lain pada empat kedalaman yang berbeza (4.0 m, 4.5 m, 5.0 m, dan 5.5 m). Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji keberkesanan rumput laut tiruan sebagai pemerangkap sedimen dan membandingkan keberkesanan rumput laut tiruan yang berbeza ketumpatan dalam memperlahankan arus dan memerangkap sedimen. Sedimen dikumpulkan dengan menggunakan perangkap sedimen dan halaju arus diukur dengan menggunakan Aquadopp. Komposisi sedimen dianalisis menggunakan kaedah pipet (pipette analysis). Kajian ini menunjukkan kawasan yang mempunyai rumput laut tiruan mempunyai halaju arus yang rendah berbanding kawasan yang tidak mempunyai rumput laut tiruan. Peratusan pasir halus dalam sedimen adalah paling tinggi di kawasan kajian. Rumput laut tiruan dengan kepadatan 50% adalah lebih berkesan untuk memerangkap sedimen berbanding rumput laut tiruan dengan kepadatan 65%.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: artificial sea grass, IPMB jetty, velocity, trapping sediment, pipette analysis
Subjects: Q Science > Q Science (General)
S Agriculture > SH Aquaculture. Fisheries. Angling
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 27 Feb 2014 11:07
Last Modified: 12 Oct 2017 12:00
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8324

Actions (login required)

View Item View Item