Kesan hormon terhadap pengaruhan Jasad Seperti Protokom (JSP) dari eksplan segmen daun pada Vanda helvola

Aslinda Hj Kamal (2007) Kesan hormon terhadap pengaruhan Jasad Seperti Protokom (JSP) dari eksplan segmen daun pada Vanda helvola. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001945.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dilakukan bagi mengkaji kesan hormon sitokinin dan auksin, cahaya dan jenis eksplan terhadap pengaruhan JSP ke atas eksplan Vanda helvola. Eksplan pangkal daun, tip daun dan tip akar Vanda helvola dikultur di dalam media Mitra et al. (1976) yang dirawat dengan hormon (BAP dan kinetin) dan auksin (NAA dan 2,4-D) pada kepekatan 0.5mg/l, 1.0mg/l, 2.0mg/1 dan 4.0mg/1 secara tunggal dan kombinasi. Eksplan dikultur di atas media rawatan dengan pH 5.2±0.1 , pada suhu 25±2°C, di dalam keadaan 24 jam gelap dan cerah. Eksplan daun dan akar diperoleh daripada anak pokok yang berusia antara 5 hingga 6 bulan yang dikultur daripada biji benih di dalam media VW dan 15% (v/v) jus tomato. Pada kepekatan 1.0mg/1 BAP didapati peratusan pengaruhan JSP adalah tinggi iaitu 71.8% dengan julat bilangan JSP terbentuk setiap eksplan ialah 0-7 apabila dikultur dalam keadaan cerah. Manakala, pada kepekatan 4.0mg/1 BAP menunjukkan peratusan yang tinggi iaitu 56.5% berbanding kepekatan yang lain apabila eksplan di kultur dalam keadaan cerah dengan julat bilangan JSP yang terbentuk pada setiap eksplan antara 0-13. Media rawatan 0.5mg/1 NAA pula menunjukkan pengaruhan JSP yang tertinggi iaitu 5% dengan julat bilangan JSP yang terbentuk setiap eksplan ialah 0-3. Purata peratusan pertumbuhan JSP yang maksimum telah dicapai dalam media rawatan kombinasi antara 0.5mg/1 NAA dan 4.0mg/1 BAP dalam keadaan gelap iaitu 90% dengan julat bilangan JSP yang terbentuk sebanyak 0-17. Manakala, dalam keadaan cerah peratusan menurun kepada 60%. Hasil keputusan menunjukkan peratus pembentukan JSP dalam keadaan gelap lebih baik berbanding dalam keadaan cerah. Eksplan mula membentuk JSP pada minggu ke 4 pengkulturan dalam media rawatan tunggal manakala, eksplan yang dikultur di dalam media rawatan kombinasi menunjukkan kesan pengaruhan JSP pada minggu ke 3. Eksplan pangkal daun lebih sesuai bertindak balas bagi mengaruh JSP berbanding tip daun manakala, tip akar tidak menunjukkan sebarang tindak balas.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: cytokinin, auxin hormone, Vanda helvola, axenic seedling, light condition, pH
Subjects: Q Science > QK Botany
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 27 Feb 2014 11:01
Last Modified: 12 Oct 2017 12:06
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8328

Actions (login required)

View Item View Item