Rafidah Mohamad (2005) Kesan hormon auksin dan sitokinin ke atas proliferasi protokom orkid Phalaenopsis gigantea (orkid telinga gajah). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
Full text not available from this repository.Abstract
Kajian ini dilakukan untuk mengkaji kesan pengatur pertumbuhan auksin (NAA) dan sitokinin (BAP) ke atas protokom Phalaenopsis gigantea yang berumur 100 hari selepas pengkulturan dan digunakan sebagai eksplan. Medium NDM (New Dogashima Medium) di gunakan sebagai medium asas. Kepekatan NAA yang digunakan adalah 0.1mg/L dan 1.0 mg/L dikombinasi dengan kepekatan 0, 1, 5, 10, 15, dan 20 mg/L BAP. Media NDM tanpa sebarang pengatur pertumbuhan digunakan sebagai medium kawalan. Dua kali subkultur dilakukan pada minggu ke-8 dan minggu ke-16 selepas pengkuIturan. Rawatan pada medium NDM dengan kombinasi 0.1mg/L NAA dan 1mg/L BAP menunjukkan peratus protokom berproliferasi protokom paling baik iaitu sebanyak 68.33 ± 46.46%. Bilangan JSP terbentuk per eksplan pula paling banyak pada media NDM dengan kombinasi 0.1mg/L NAA dan 1mg/L BAP iaitu pada julat 11-17. Kepekatan hormon BAP yang tinggi kebanyakannya mencetuskan pertumbuhan pucuk dan daun pada kombinasi hormon 0.1 mg/L NAA dan 1mg/L NAA . Secrara keseluruhannya, medium proliferasi protokom bagi spesies Phalaenopsis gigantea adalah sesuai digunakan bagi kombinasi hormon NAA dan BAP pada kepekatan yang rendah.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | proliferation protocorm, Phalaenopsis gigantea, hormone, NDM medium |
Subjects: | Q Science > QK Botany |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 06 Mar 2014 16:16 |
Last Modified: | 06 Mar 2014 16:16 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8406 |
Actions (login required)
View Item |