Ketirah Hank (2005) Penggunaan carta kawalan CUSUM dan EWMA dalam mengawal ketebalan logam di Industri Pengalvanian. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000002005.pdf Download (2MB) | Preview |
Abstract
Carta kawalan digunakan untuk mengawal dan memperbaiki kualiti pengeluaran serta produktiviti proses pengeluaran. Pihak industri dapat mengetahui proses pengeluaran adalah terkawal atau tidak terkawal dengan menggunakan carta kawalan. Tindakan wajar dapat diambil supaya pengeluaran yang dihasilkan mencapai spesifikasi tertentu. Objektif kajian adalah untuk membandingkan carta kawalan CUSUM dan EWMA dalam mengesan perubahan anjakan dalam proses pengeluaran gegelung. Selain itu, proses pengeluaran gegelung ditentukan sama ada proses terkawal atau tidak terkawal ditentukan. Kecekapan proses yang dikaji melalui indeks kecekapan juga dikaji. Data ketebalan logam yang digunakan merupakan data sekunder yang diperolehi daripada Industri Pengalvanian Yung Kong di Kuching, Sarawak. Data ketebalan logam pada April 2004 dengan saiz subsampel lima. Hasil kajian menunjukkan bahawa proses pengeluaran adalah tidak terkawal dan berada di had kawalan bawah. Terdapat persamaan antara carta CUSUM dan EWMA dalam mengesan anjakan pada data pertama. Kecekapan proses adalah tidak cekap kerana indeks kecekapan adalah kurang daripada 1.33. Nilai indeks kecekapan melebihi 1.33 menunjukkan proses terkawal secara statistik.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | CUSUM, EWMA, control chart, coil, base metal thickness data, process capability |
Subjects: | Q Science > QA Mathematics |
Department: | SCHOOL > School of Social Sciences |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 25 Mar 2014 14:29 |
Last Modified: | 12 Oct 2017 14:18 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8477 |
Actions (login required)
View Item |