Pemencilan dan pencirian bakteria di dalam tanah dicemari minyak kenderaan dan kajian kebolehannya mendegradasi heksana

Intan Iziyan Kamarudin (2006) Pemencilan dan pencirian bakteria di dalam tanah dicemari minyak kenderaan dan kajian kebolehannya mendegradasi heksana. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002007.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian dijalankan ke atas tanah yang dicemari minyak kenderaan bagi mengenalpasti ciri-ciri fizikal bakteria yang wujud dan mengkaji kebolehan bakteria-bakteria ini mendegradasi hidrokarbon ringkas di dalam minyak kenderaan iaitu heksana. Lima koloni bakteria berjaya dipencilkan daripada sampel tanah ini. Kelima-lima koloni bakteria merupakan bakteria Gram negatif dan menunjukkan ketiga-tiga morfologi asas mikroorganisma iaitu rod, kokus dan berpilin. Ini dikenalpasti hasil daripada ujian pewarnaan Gram yang dijalankan. Ciri-ciri fizikal koloni bakteria dikenalpasti melalui pengkulturan bakteria di atas media nutrien agar (NA). Ciri-ciri fizikal yang diperhatikan adalah dari segi warna, konfigurasi, margin dan ketinggian koloni. Ujian kebolehan bakteria mendegradasi heksana dijalankan mengikut kaedah Saadoun (2004) yang bergantung kepada penghasilan enzim monooxygenase oleh bakteria bagi mendegrad heksana kepada alkohol. Perubahan warna biru larutan ujian, yang terdiri daripada campuran lima bahan iaitu DCPIP, 5-MPMS, heksana, nicotonamide adenine dinucleotide (NAD) dan sel bakteria diperhatikan pada selang masa 1, 2, 6, 8 dan 24 jam. Perubahan warna larutan kepada warna kuning menandakan bakteria dapat mendegradasi heksana manakala warna selain kuning dianggap tidak dapat mendegradasi hidrokarbon ringkas ini. Namun, bagi ujian pengkulturan bakteria di atas media yang mengandungi heksana, kelima-lima bakteria dapat tumbuh dengan baik. Ini menunjukkan walaupun bakteria tidak dapat mendegradasi heksana melalui kaedah ini tetapi ia mungkin menggunakannya sebagai nutrien. Justeru, kajian lebih lanjut perlu dijalankan bagi memastikan kebolehan sebenar bakteria-bakteria ini dalam proses degradasi hidrokarbon ringkas, heksana.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: bacteria, fuel-oil polluted soil, degrade short chain hydrocarbons, hexane, nutrient agar, Gram staining test
Subjects: ?? QR75-99.5_Bacteria ??
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 17 Mar 2014 14:52
Last Modified: 12 Oct 2017 14:19
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8494

Actions (login required)

View Item View Item