Azraffi Ibrahim (2009) Projek pengkulturan rumpai laut dengan pembangunan sosio-ekonomi kajian kes : Kg. Kabimbangan dan Kg. Look Butun Daerah Semporna, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000002020.pdf Download (2MB) | Preview |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji sejauhmana projek pengkulturan rumpai laut di daerah Semporna memberi kesan terhadap pembangunan sosio-ekonomi penduduk tempatan. Kajian juga difokuskan kepada permasalahan penduduk tempatan yang terlibat dengan industri pengkulturan rumpai laut bagi membolehkan cadangan penambahbaikan pembangunan industri pengkulturan rumpai laut dan pembangunan sosio-ekonomi dikenalpasti. Kawasan kajian adalah berfokus kepada kawasan projek pengkulturan rumpai laut di Kampung Kabimbangan dan Kampung Look Butun. Seramai 30 orang responden dijadikan sampel kajian untuk menggambarkan peningkatan taraf hidup dari segi pendapatan dan keselesaan hidup kesan daripada penglibatan dalam industri pengkulturan rumpai laut tersebut. Soal selidik dan pemerhatian di lapangan merupakan pendekatan yang digunakan dan analisis kajian adalah menggunakan SPSS 13.0 (Statistical Package For Social Science). Hasil kajian mendapati bahawa, projek pengkulturan rumpai laut di daerah Sempoma memberi kesan terhadap pembangunan sosio-ekonomi penduduk tempatan dari segi pendapatan dan tahap keselesaan hidup.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | seaweed cultural project, socio-economic development, Kampung Kabimbangan, Kampung Look Butun, SPSS |
Subjects: | S Agriculture > SH Aquaculture. Fisheries. Angling |
Department: | SCHOOL > School of Social Sciences |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 14 Mar 2014 11:48 |
Last Modified: | 12 Oct 2017 16:02 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8508 |
Actions (login required)
View Item |