Pelancongan komuniti dan homestay: Kajian kes di Kampung Lonek, Batu Kikir, Negeri Sembilan

Norhasuna Hassan (2009) Pelancongan komuniti dan homestay: Kajian kes di Kampung Lonek, Batu Kikir, Negeri Sembilan. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002022.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Pelancongan merupakan jenis aktiviti yang melibatkan penggunaan masa senggang dan bentuk rekreasi tertentu. Pelancongan mencakupi perjalanan individu yang memilih beberapa jenis rekreasi yang dilakukan dengan cara melawat ke sesebuah destinasi dalam jangka masa yang singkat. Pada masa kini pelancongan komuniti semakin meluas dan digemari oleh pelbagai peringkat golongan pelancong. Pelancongan komuniti membolehkan pelancong merasai pengalaman kehidupan seharian masyarakat setempat. Pelancongan komuniti boleh memberikan kesan kepada komuniti yang terlibat dari aspek ekonomi dan sosial. Homestay Lonek adalah merupakan salah satu produk pelancongan komuniti yang terdapat di Negeri Sembilan. Pakej dan aktiviti yang dijalankan adalah berasaskan keunikan kehidupan tradisional. Pelancong akan tinggal dengan komuniti tempatan dan menjalani kehidupan seharian masyarakat Kampung Lonek yang masih kuat mengamalkan adat Perpatih. Kajian ini bertujuan meninjau tahap penglibatan ahli komuniti dalam program homestay yang dilaksanakan. Faktor yang mendorong ahli komuniti terlibat dengan program homestay menjadi fokus kajian ini. Pada masa yang sama, kajian ini cuba melihat peningkatan pendapatan ahli komuniti yang terlibat dalam program homestay yang dijalankan. Penemuan kajian ini diharapkan boleh memberikan sumbangan kepada bidang pengajian sosiologi pelancongan dan seterusnya, memberi maklumat berguna kepada pihak berkuasa yang terlibat dalam melaksanakan polisi pelancongan komuniti (homestay).

Item Type: Academic Exercise
Keyword: tourism community, homestay, Lonek village, customary pepatih
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce
Department: SCHOOL > School of Social Sciences
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 17 Mar 2014 12:59
Last Modified: 12 Oct 2017 16:03
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8516

Actions (login required)

View Item View Item