Rohaizah Ernnieshah Sabturani (2007) Penentuan sebatian saccharin dalam beberapa sampel minuman ringan menggunakan kromatografi cecair berprestasi tinggi (HPLC). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000002028.pdf Download (1MB) | Preview |
Abstract
Analisis sebatian saccharin dalam larutan piawai dengan kepekatan 5 μg/ml hingga 100μg/ml dan dua belas sampel minuman ringan telah dilakukan menggunakan Kromatografi cecair berprestasi tinggi (HPLC). Analisis menggunakan HPLC dilakukan dengan menggunakan larutan fa sa bergerak yang terdiri daripada air:asetonitril (87:13), dimana masing-masing mengandungi 0.04 % trifluoro asetik asid (TFA). Berdasarkan kepada kromatogram larutan piawai saccharin bagi enam jenis kepekatan yang berbeza, satu graf kalibrasi yang linear (R²= I) telah diperoleh untuk julat kepekatan larutan piawai yang dipilih. Perbandingan kromatogram larutan piawai dengan kromatogram sampel menunjukkan ketidakhadiran saccharin dalam semua sampel minuman ringan yang telah digunakan dalam analisis.
| Item Type: | Academic Exercise |
|---|---|
| Keyword: | saccharin, HPLC, standard solution, chromatogram, soft drink |
| Subjects: | T Technology > TP Chemical technology |
| Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
| Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
| Date Deposited: | 17 Mar 2014 14:50 |
| Last Modified: | 13 Oct 2017 09:22 |
| URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8522 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |

