Aplikasi sistem maklumat geografi (GIS) dalam pengaruh bentuk muka bumi terhadap nilai harta tanah perumahan di Kota Kinabalu

Chung, Kien Yung (2009) Aplikasi sistem maklumat geografi (GIS) dalam pengaruh bentuk muka bumi terhadap nilai harta tanah perumahan di Kota Kinabalu. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002037.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Penggunaan GIS dalam pembangunan peta kontur dan peta dua dimensi adalah lebih sesuai dengan keperluan semasa berbanding dengan pemetaan secara manual yang jauh lebih kebelakangan. Peta kontur dan peta dua dimensi merupakan peta yang penting bagi sesetengah pihak bagi mendapatkan jawapan bagi sesuatu keputusan yang melibatkan bentuk muka bumi dan nilai harta tanah perumahan. Kajian ini bertujuan untuk menjalankan analisis GIS dalam membangunkan peta kontur dan peta dua dimensi dalam bentuk paparan yang menarik, mudah dikemaskinikan, berguna serta mudah difahami oleh pelbagai golongan masyarakat. Hasil analisis ini dipaparkan dalam bentuk grafik dan 'layout' yang berpandukan kepada pengkelasan warna. Pengkelasan warna ini mewakili kelas - kelas bagi setiap nilai kecerunan dalam kawasan kajian. Berdasarkan kepada hasil analisis kajian ini, sememangnya nilai harta tanah perumahan dipengaruhi oleh bentuk muka bumi.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: GIS, contour map, two-dimension map, colour classification, housing property value
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GB Physical geography
Department: SCHOOL > School of Social Sciences
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 18 Mar 2014 14:15
Last Modified: 13 Oct 2017 09:28
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8537

Actions (login required)

View Item View Item