Kajian penggunaan ubatan tradisional di pasar tamu dan pasar besar daerah Tawau, Sabah: Satu tinjauan

Ahmad Badawi Jamaluddin (2007) Kajian penggunaan ubatan tradisional di pasar tamu dan pasar besar daerah Tawau, Sabah: Satu tinjauan. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002065....pdf

Download (7MB) | Preview

Abstract

Kajian ke atas ubat-ubatan yang dijual di daerah Tawau, Sabah telah dilakukan bermula 05 Mei 2007 sehingga 27 Mei 2007. Kajian menunjukkan beberapa jenis ubatan tradisional yang digunakan oleh penduduk di daerah Tawau. Antara ubatan tradisional yang dapat dikenalpasti ialah MinYak Gamat, Minyak Kayu Putih, Kuda Laut, Ginseng, Emas Cotek, Minyak Tawon, Minyak Serai Cap Kuda, dan lain-lain. Tujuh peniaga dan 100 pengguna ubatan tradisional telah ditemuramah. Kaedah temuramah ini adalah lebih kepada kegunaan ubat dan suku kaum yang terlibat dalam kajian ini. Antara penyakit yang biasa dirawat adalah seperti sakit perut, gatal-gatal, kulit melecur, luka-luka ringan, lebam, gigitan serangga, sakit tulang, sakit kepala, resdung, asma, sakit pinggang, memulihkan tenaga dalaman, sakit gigi, sawan, pening, kudis, bisul, panau, batuk, buasir, rawatan selepas bersalin, dan sebagainya. Kaum Bugis (40%) adalah tertinggi menggunakan ubat tradisional diikuti oleh kaum Bajau (28%). Kaum Cina, Bisaya, Suluk, dan Butun adalah paling kurang menggunakan ubat tradisional (1%). Ubatan tradisional yang paling kerap digunakan adalah Minyak Gamat (14%) dan Minyak Kayu Putih (14%).

Item Type: Academic Exercise
Keyword: traditional medicine, interviewed method, disease, Tawau resident
Subjects: ?? RA0421 ??
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 27 Mar 2014 16:32
Last Modified: 13 Oct 2017 09:42
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8619

Actions (login required)

View Item View Item