Ahmad Helmi Mohd Mukhtar (2009) Sejarah makam kesultanan Brunei di Sabah: Kajian makam Syarif Masyahur, Kimanis. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000002092.pdf Download (2MB) | Preview |
Abstract
Kajian mengenai makam dan nisan ini adalah bertujuan untuk mengetahui tentang pengaruh dan kekuasan Kesultanan Brunei ke atas Sabah yang dapat dilihat dari sumber arkeologi dan sejarah melalui penyelidikan terhadap makam Syarif Masyahur di Kimanis, Sabah. Kajian yang berdasarkan kepada makam dan nisan Syarif Masyahur ini adalah untuk memberi gambaran dan pengetahuan mengenai pengaruh bentuk nisan Kesultanan Brunei kepada masyarakat tempatan di Sabah. Selain itu juga kajian ini akan dapat membantu untuk melihat sejauh mana pengaruh yang telah dimainkan oleh seorang pembesar tersebut kepada masyarakat tempatan. Kesimpulan daripada hasil kajian ini menunjukkan bahawa pengaruh golongan pembesar ke atas masyarakat tempatan amat kuat sehingga mereka disanjung sehingga meninggal dunia dengan cara membina makam serta nisan pembesar tersebut lain daripada yang lain.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | gravestones, influence, ascendancy, Sultanate of Brunei, history, archaeology, Syarif Masyahur |
Subjects: | H Social Sciences > HM Sociology (General) |
Department: | SCHOOL > School of Social Sciences |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 04 Apr 2014 16:16 |
Last Modified: | 13 Oct 2017 10:19 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8681 |
Actions (login required)
View Item |