Suzanah Masalin (2009) Peranan SUHAKAM dalam penyelesaian masalah tanah adat: Kajian kes di Kg.Baluo Datong,Pitas. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000002095.pdf Download (2MB) | Preview |
Abstract
Tesis ini cuba mengenalpasti peranan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) dalam proses penyelesaian isu tanah adat di kampung Baluo Datong,Pitas. Kajian ini juga cuba menilai peranan SUHAKAM sebagai satu mekanisma dalam menyelesaikan masalah hak tanah adat. Kampung Baluo Datong dipilih sebagai lokasi kajian secara khusus kerana pernah mengalami masalah tanah adat yang dimasuki oleh Sabah Forestry Development Authority ( SAFODA). Kajian ini mendapati bahawa penduduk kampung telah banyak mengalami halangan daripada pihak atasan. Namun, penduduk kampung yang diwakili oleh Badan Bertindak Menuntut Tanah Adat (BBMTA) pula telah memperlihatkan penglibatan yang aktif demi mendapatkan kawasan tanah adat yang diwartakan oleh SAFOOA tanpa rundingan. Di akhir kajian ini didapati, SUHAKAM mempunyai peranan yang agak terbatas. Keterbatasannya untuk menyelesaikan masalah hak tanah adat di Sabah adalah dipengaruhi oleh beberapa penyebab.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | SUHAKAM, solving problem, native customary land, Sabah Forestry Development Authority, Badan 8ertindak Menuntut Tanah Adat, Kg.Saluo Datong |
Subjects: | H Social Sciences > HM Sociology (General) |
Department: | SCHOOL > School of Social Sciences |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 04 Apr 2014 16:09 |
Last Modified: | 13 Oct 2017 10:21 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8688 |
Actions (login required)
View Item |