Kajian aktiviti antibakteria dan antikulat ekstrak daun Senna alata, Senna fistula dan Sennatora

Saminathan Poothan Mookiah (2006) Kajian aktiviti antibakteria dan antikulat ekstrak daun Senna alata, Senna fistula dan Sennatora. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002101.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Ekstrak kasar daripada daun Senna alata, Senna fistula dan Senna tora yang diekstrakkan dengan menggunakan metanol, heksana dan klorofom telah dikaji untuk aktiviti antimikrob terhadap bakteria (Staphylococcus aureus, Bacillus subtilis, Escherichia coli, Klebsiella pneumoniae and Proteus vulgaris), kulat (Candida albicans and Candida krusei), 'dermatophytic' kulat (Trichophyton rubrum) and 'non-dermatophytic' kulat (Aspergillus niger). Kaedah yang digunakan dalam ujikaji antimikrob ini tennasuklah ujian perencatan bakteria dan kulat (disc diffusion), kepekatan perencatan minimum (MIC), ujian perencatan tumbesaran hifa dan ujian perencatan percambahan konidia. Kedua-dua bakteria dan kulat menunjukkan kerencatan bergantung terhadap kepekatan ekstrak daun, tetapi kulat rintang terhadap ekstrak kloroform dalam uijan perencatan (disc diffusion). Tahap pengaruh ke atas bakteria dan kulat didapati berbagai dan ekstrak metanol menunjukkan zon perencatan yang lebih besar berbanding dengan ekstrak heksana dan kloroform (masing-masing berdiarneter antara 16-6, 14-7 and 9-6mm). Nilai kepekatan perencatan minimum (MIC) ekstrak metanol, heksana dan kloroform daun spesies Senna adalah masing-masing 1.95 hingga 62.5mg/rnl, 15.63 hingga 62.5mg/ml dan >62.5mg/ml. Ekstrak daun spesies Senna juga merencat tumbesaran hifa Trichophyton rubrum dan Aspergillus niger. Ekstrak metanol didapati lebih efektif merencat tumbesaran T. rubrum dan A. Niger. Kepekatan dan jenis ekstrak juga turut mempengaruhi perencatan percambahan konidia Canqida albicans dan Candida krusei. Kepekatan ekstrak metanol daun Senna yang tinggi (l0mg/ml) didapati lebih berkesan merencat percambahan konidia C. albicans dan C. krusei. Berdasarkan penemuan ini, dapat disimpulkan bahawa tumbuhan-tumbuhan ini menunjukkan aktiviti antimikrob pada kepekatan tinggi.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: antimicrobial activity, crude extract, diffusion method, minimum inhibitory concentration, hyphal growth inhibition, conidial germination inhibition test, yeast, concentration
Subjects: Q Science > QH Natural history > QH301-705.5 Biology (General)
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 29 Apr 2014 13:10
Last Modified: 13 Oct 2017 10:28
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8734

Actions (login required)

View Item View Item