Snek udang kering sedia dimakan

Loh, Jun Chiu (2007) Snek udang kering sedia dimakan. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000261.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Makanan snek sedia dimakan dari udang adalah satu makanan ringan. la dihasilkan dengan menggunakan udang segar yang dicampurkan dengan satu ramuan yang tetap, iaitu garam, MSG, kanji gandum, serbuk lad a hitam dan mentega. Kajian awal terhadap snek udang kering termasuk suhu pengeringan dan kadar pengeluaran air, suhu pengeringan dan kandungan lembapan serta suhu pengeringan dengan peratus pulangan. Kajian awal ini diuji dengan menggunakan Udang Putih (Metapenaeus /ysianassa) pada 3 suhu, iaitu 90°C, 100°C dan 110°C. Kadar pengeluaran air pada suhu pengeringan 90°C, 100°C dan 110°C selepas 210 minit adalah 0.19,0.16 dan 0.14 kg/jam. Kandungan lembapan selepas 210 minit pada suhu pengeringan 90°C, 100°C dan 110°C masing-masing adalah 9.73 ± 0.98%, 9.23 ± 0.57% dan 5.68 ± 0.21%. Manakala, peratus pulangan bagi penghasilan snek udang pad a suhu pengeringan 90°C, 100°C dan 110°C masing-masing adalah 39.5%,38.4% dan 35.7%. Sebanyak 9 rekabentuk eksperimen telah dilakukan dengan menggunakan 3 jenis udang segar - Udang Pasir (So/enoeera erassieomis), Udang Putih (Metapenaeus /ysianassa) dan Udang Kuning (Metapenaeus brevieomis) serta suhu pengeringan yang berbeza, iatu 90°C, 100°C dan 1100e dengan masa pengeringan tetap, iaitu 210 minit. Ujian pemeringkatan BIB dijalankan untuk mendapatkan tiga sam pel dengan rekabentuk eksperimen terbaik. Tiga sampel tersebut diteruskan dengan ujian hedonik. Melalui ujian hedonik yang menilai warna, rasa, aroma, keranggupan, tekstur, aftertaste dan penerimaan keseluruhan, didapati sampel dengan menggunakan Udang Putih (Metapenaeus Iysianassa) dengan suhu pengeringan 1000e adalah paling digemari oleh ahli panel. Sam pel snek udang kering dengan rekabentuk eksperimen yang terbaik mempunyai kandungan lembapan 9.26 ± 0.06%, kandungan abu sebanyak 5.13 ± 0.22%, protein 17.08 ± 0.22%, lemak 9.04 ± 0.50% dan karbohidrat sebanyak 59.49%. Plastik Polipropilena (PP) dan plastik berlapis metalik aluminum digunakan dalam kajian mutu simpanan (ujian pH, ujian kandungan lembapan, ujian pertumbuhan mikrob dan ujian perbandingan berganda dua). Sampel disimpan pada suhu pada suhu 30 ± 3 e. Sampel dalam plastik berlapis metalik aluminium mempunyai keputusan yang lebih baik pada kajian mutu simpanan dari sampel dalam plastik PP. Kajian pengguna menunjukkan sambutan yang baik dan snek udang ini mempunyai potensi yang besar untuk dibangunkan dan dihasilkan secara komersil.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Snek food from fresh prawn, Fresh prawn, Prawn
Subjects: T Technology > TP Chemical technology > TP1-1185 Chemical technology > Food processing and manufacture
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 28 Oct 2011 17:38
Last Modified: 12 Oct 2017 15:37
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/876

Actions (login required)

View Item View Item