Pihak ketiga dalam konflik etnik: Kajian kes peranan Norway di Sri Lanka

UNSPECIFIED (2009) Pihak ketiga dalam konflik etnik: Kajian kes peranan Norway di Sri Lanka. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002135.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Konflik etnik merupakan satu fenomena yang berlaku dalam politik antarabangsa. Konflik etnik boleh menjadi semakin buruk jika tidak ada penglibatan pihak luar dalam menanganinya. Campurtangan pihak ketiga merupakan salah satu usaha yang dilakukan oleh pihak antarabangsa dalam menangani konflik etnik. Kajian ini dibuat untuk mengkaji proses perundingan Sri Lanka pada tahun 2000-2006 yang dilakukan oleh Norway. Norway merupakan pihak ketiga dalam menyelesaikan konflik ini. Konsep pihak ketiga telah digunakan untuk diaplikasi dalam peranan Norway. Kajian ini mendapati penglibatan Norway sebagai pihak ketiga adalah tidak begitu berkesan. Ini disebabkan oleh perubahan politik dalaman Sri Lanka dan politik di arena antarabangsa. Masalah politik dalaman Sri Lanka adalah berpunca daripada krisis politik tradisional Sri Lanka dimana terdapat dua pihak parti Sinhala yang utama di Sri Lanka cuba untuk berebut kuasa bagi kepentingan masing-masing. Perebutan kuasa oleh kedua-dua parti Sinhala ini menjadi penghalang kepada Tamil Sri Lanka memenuhi tuntutan kuasa politik mereka. Malah di peringkat antarabangsa usaha melabelkan LTTE sebagai pertubuhan pengganas telah memberi kesan yang mendalam dalam persengketannya dengan kerajaan Sri Lanka.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: ethnic conflict, third party mediation, negotiation process, Sri Lankan, Norway, LTTE
Subjects: H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
Department: SCHOOL > School of Social Sciences
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 17 Apr 2014 11:08
Last Modified: 13 Oct 2017 11:01
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8778

Actions (login required)

View Item View Item