Alangseri Ayubayu Kamarozaman (2010) Kajian terhadap keengganan para penduduk tempatan daerah Tawau untuk bekerja di ladang sawit. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000002148.pdf Download (1MB) | Preview |
Abstract
Kajian ini dilakukan untuk menganalisis faktor-faktor penyebab penduduk tempatan tidak mahu bekerja sebagai pekerja ladang sawit dan mencari jalan untuk menarik minat mereka. Seramai 200 penduduk tempatan di daerah Tawau dipilih sebagai responden dalam kajian ini. Analisis dijalankan dengan menggunakan perisian komputer, Statistical Package for Social Science (SPSS) 12.0 dan Microsoft Excel 2007. Analisis statistik perihalan (descriptive analysis) dan operasi arahan IF (IF Statement) digunakan bagi mentafsir data mentah yang diperolehi melalui borang soal selidik. Kajian mendapati faktor utama penyebab penduduk tempatan tidak berminat untuk bekerja sebagai pekerja ladang adalah akibat cara pembayaran gaji pekerja, kemudahan yang disediakan serta faktor keselamatan. Naiktaraf kepada kualiti kemudahan dan faedah yang ditawarkan, kaedah pembayaran gaji secara tetap serta pemberian rumah sebagai faedah persaraan kepada pekerja dapat menarik penduduk tempatan untuk bekerja sebagai pekerja ladang.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | local communities, interest, oil palm plantation, working, Tawau, SPSS |
Subjects: | S Agriculture > S Agriculture (General) |
Department: | SCHOOL > School of Sustainable Agriculture |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 21 Apr 2014 11:51 |
Last Modified: | 13 Oct 2017 11:09 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8798 |
Actions (login required)
View Item |