Regenerasi centella asiatica daripada daun

Nor Esnita Mohd Salleh (2006) Regenerasi centella asiatica daripada daun. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002079.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Menyedari akan kepentingan Centella asiatica yang kaya dengan pelbagai bahan kimia yang terkandung di dalarnnya seperti asiatikosida asid, asiatik dan sebagainya, para saintis telah terdorong untuk mencari teknik yang lebih cekap bagi meningkatkan mutu C. asiatica. Bioteknologi dapat membantu penghasilan C. asiatica dengan kualiti yang tinggi melalui teknik-tenik transformasi genetik. Dalam transformasi genetik, saintissaintis memerlukan satu sistem yang cekap bagi regenerasi C. asiatica, justeru kajian ini dijalankan adalah untuk melihat kesan sumber karbon terhadap regenerasi C. asiatica. Media Murashige dan Skoog (MS) telah dipilih bagi meregenerasi daun C. asiatica. Proses regenerasi C. asiatica dengan menggunakan daun ini didorong dengan penggunaan dua kombinasi hormon yang berbeza iaitu 8.87μM benzylaminopurine (BAP) dan 2.85μM indole acetic acid (IAA) dan 8.87μM BAP dan 2.26μM naphtaleneacetic acid (NAA). Kedua-dua media ini ditanbah dengan tiga jenis sumber karbon telah digunakan pada kepekatan yang berbeza; 4% (w/v) sukrosa, 3% (w/v) sukrosa, 3% (w/v) glukosa, 3% (w/v) fruktosa serta campuran 1.5% (w/v) glukosa dan fruktosa. Media dengan kedua-dua kombinasi hormon tanpa sebarang sumber karbon dijadikan sebagai kawalan di dalam kajian ini. Kombinasi 8.87μM BAP dan 2.26μM NAA memberikan pertumbuhan kalus yang lebih baik berbanding kombinasi 8.87μM BAP dan 2.85μM IAA. Kalus dapat dihasilkan dengan lebih cepat pada media yang mengandungi campuran 1.5% (w/v) glukosa dan 1.5% (w/v) fruktosa dengan kombinasi 8.87μM BAP dan 2.85μM IAA iaitu pada minggu ketiga tetapi kuantiti kalus yang banyak terhasil pada eksplan yang dikultur di atas media yang mengandungi 3% (w/v) glukosa dan kombinasi 8.87μM BAP dan 2.26μM NAA. Kalus berbentuk nodular dan keras dapat dihasilkan daripada eksplan yang dikultur di atas setiap media kecuali pada eksplan yang dikultur pada media kawalan dengan kombinasi 8.87μM BAP dan 2.85μM IAA. Narnun begitu, pertumbuhan kalus tidak dapat menghasilkan pucuk mahupun akar kerana kontaminasi serta keperangan yang disebabkan oleh faktor-faktor tertentu seperti suhu, cahaya dan jenis media yang digunakan.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Centella asiatica, biotechnology, genetic transformation technique, benzylarninopurine, indole acetic acid, naphtaleneacetic acid
Subjects: Q Science > QH Natural history > QH301-705.5 Biology (General)
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 22 Apr 2014 09:13
Last Modified: 13 Oct 2017 11:13
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8804

Actions (login required)

View Item View Item