Kadar sejatpeluhan bagi pokok-pokok hiasan terpilih

Nur Afeeka Syaza Ishak (2007) Kadar sejatpeluhan bagi pokok-pokok hiasan terpilih. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002172.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Sejatpeluhan ialah komponen yang penting dalam keseimbangan air dan kitaran hidrologi. Ia adalah parameter yang amat sukar untuk diramal dan diukur secara langsung di tapak. Kajian ini dijalankan untuk menganggar kadar sejatpeluhan bagi dua spesis tanaman hiasan iaitu Dracaena sanderiana dan Dieffonbachia exotica menggunakan teknik lisimeter. Ini adalah pengurusan tanaman dengan lebih cekap dan berkesan. Selain itu mengaitkan antara kadar sejatpeluhan tesebut dengan tumbesaran dan suhu udara harian. Suhu udara harian dan kadar sejatpeluhan yang diukur sepanjang bulan Disember 2006 dan Januari 2007. Keputusan daripada analisis secara harian menunjukkan bahawa ketiga-tiga replikat yang berlainan saiz bagi setiap spesis menghasilkan keputusan dengan tren yang sarna iaitu kadar sejatpeluhan meningkat dengan peningkatan tumbesaran pokok. Kadar sejatpeluhan ini dipengaruhi oleh suhu dan keputusan yang diperolehi membuktikan bahawa suhu lebih mempengaruhi peningkatan sejatpeluhan berbanding dengan pembesaran tumbuhan. Dieffenbachia exotica menghasilkan nilai sejatpeluhan yang tinggi berbanding spesis Dracaena sanderiana yang memberi nilai sejatpeluhan yang sederhana. Bagi spesis Dracaena sanderiana julat kadar sejatpeluhannya adalah di antara 46.67-120.00 mℓ hari�¹. Manakala spesis Dieffenbachia exotica pula ialah antara 146.67-220.00 mℓ hari�¹. Kedua-duanya pada puratajulat suhu udara harian 23.9-28.2 °C.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: evapotranspiration, hydrological cycle, lysimetre technique, Dieffenbachia exotica, Dracaena sanderiana, daily air temperature
Subjects: T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 25 Apr 2014 08:46
Last Modified: 13 Oct 2017 11:17
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8848

Actions (login required)

View Item View Item