Analisis kandungan proksimat dan mineral dalam beberapa sampel cendawan tempatan

Noor Lilah Matjunin (2008) Analisis kandungan proksimat dan mineral dalam beberapa sampel cendawan tempatan. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002189.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Beberapa spesis cendawan iaitu Pleurotus sajor-caju (cendawan tiram), Auricularia auricular (cendawan telinga kera) dan Schizophyllum commune (cendawan sisir) telah dianalisis untuk mengetahui kandungan proksimat dan mineralnya. Pleurotus sajorcaju merupakan sumber yang baik bagi protein (2.70%) dan karbohidrat (81.46%). Auricularia auricular mengandungi kandungan air (90.33%), serabut kasar (12.83%) dan kalsium (0.199 mg/g) yang tinggi. Schizophyllum commune pula kaya dengan abu (7.39%), natrium (0.063 mg/g) dan ferum (0.207 mg/g). Secara keseluruhannya, kandungan lemak (0.83% - 2.00%) dan kuprum (4.494x 10�³- 8.978 x 10�³mg/g) bagi ketiga-tiga spesis cendawan ini adalah rendah manakala kandungan air (87.9% - 90.33% berat basah) dan karbohidrat (77.54%-81.46% berat kering) adalah tinggi. Ini menunjukkan bahawa cendawan yang dikaji mempunyai nilai nutrien yang baik kepada manusia.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Oyster mushroom, proximate composition, mineral content, nutritive value, ear fungus, Common split gill
Subjects: T Technology > TP Chemical technology
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 28 Apr 2014 11:49
Last Modified: 17 Oct 2017 11:29
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8866

Actions (login required)

View Item View Item