Siti Farah Nur Ab. Malek (2008) Model regresi banjir sepanjang Sungai Padas. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000002204.pdf Download (1MB) | Preview |
Abstract
Sungai pernah memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia. Malahan sungai juga boleh membawa kemusnahan kepada harta benda mahupun nyawa sekiranya banjir berlaku. lusteru, menjadi objektifutama kajian ini untuk menganggar paras ketinggian air sungai khususnya apabila ada penyumbang ke arah berlakunya banjir. Untuk sampai kepada proses penganggaran ini, kaedah regresi berganda digunakan. Namun begitu, terdapat data yang tidak tercerap dan kaedah kubik splin digunakan bagi menganggar nilai yang tidak dicerap ini. Seterusnya dengan menggunakan analisis regresi berganda maka model terbaik akan diperolehi melalui lapan kriteria pemilihan model. Dalam.kajian ini, pembolehubah interaksi diambil kira sehingga tertib ketiga dan didapati bahawa pembolehubah interaksi peringkat tinggi adalah bererti. Terdapat empat pembolehubah tidak bersandar yang mempengaruhi kepada paras ketinggian air sungai. Terdapat empat ujian yang dijalankan ke atas parameter setelah model terbaik diperolehi. Ujian tersebut adalah; Ujian Individu, Ujian Keseluruhan, Ujian Wald dan Ujian Kerawakan. Ujian Individu dan Ujian Keseluruhan dijalankan bagi menguji samada parameter yang terlibat memberikan sumbangan atau pun tidak. Manakala Ujian Wald dijalankan bagi menguji ketepatan pembuangan pembolehubah yang tidak bererti. Ujian Kerawakan pula dilakukan bagi menguji ralat sarna ada tertabur secara rawak atau tidak. Penerimaan hipotesis nol bermaksud ralat tertabur secara rawak, dengan kata lain min bagi ralat adalah sifar. Setelah keempat-empat ujian ini dilakukan ke atas model terbaik, kenaikan paras air dapat dianggarkan.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | multiple regression analysis, stage of river water level, selected model, best model |
Subjects: | Q Science > QA Mathematics |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 29 Apr 2014 13:02 |
Last Modified: | 13 Oct 2017 11:37 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8886 |
Actions (login required)
View Item |