Mohd Faisal Hamzah (2009) Aplikasi penderiaan jauh dalam menilai jenis guna tanah berdasarkan aspek cerun : kajian kes Semporna. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000002210.pdf Download (1MB) | Preview |
Abstract
Cerun merupakan salah satu angkubah fizikal yang mempunyai fungsi terhadap persekitaran, dan dengan kepesatan pembangunan yang semakin giat dijalankan pada masa kini akan menimbulkan beberapa komplikasi negatif jika tiada pengawalan. Berdasarkan kepada perancangan yang sistematik dalam pelaksanaan pembangunan perlulah menilai dari aspek perancangan guna tanah. Justeru, satu kajian mengenai pengurusan penggunaan jenis guna tanah berdasarkan kepada faktor cerun (tinggi, sederhana, rendah) adalah sangat penting sebagai parameter yang menekankan litupan bumi di kawasan kajian dan aplikasinya ke atas pembangunan. Penggunaan imej data satelit penderiaan jauh, lokasi bandar Sempoma telah ditentukan sebagai kawasan yang mempunyai jumlah pembangunan yang tinggi berbanding dengan kawasan yang lain. Hasil keputusan kemuncak dalam kajian ini memaparkan perancangan guna tanah adalah penting supaya pembangunan secara mapan dapat dijayakan dengan sempuma bagi mernastikan persekitaran adalah seimbang dengan pembangunan pada masa akan datang. Secara khususnya, kajian ini dilakukan bagi membuktikan kebolehan dan keupayaan Penderiaan Jauh (Remote Sensing) dan Sistem Maklumat Geografi (GIS) dalam mempersembahkan data dan menganalisa keputusan dalam bentuk peta bagi mengenalpasti jenis guna tanah berdasarkan aspek cerun.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Geographical Information System (GIS), terrain aspect, Semporna, type of soil |
Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > GE Environmental Sciences |
Department: | SCHOOL > School of Social Sciences |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 29 Apr 2014 12:58 |
Last Modified: | 13 Oct 2017 11:41 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8897 |
Actions (login required)
View Item |