Richard Gilbert (2007) Kepelbagaian mamalia kecil tidak-terbang di Pulau Gaya, Kota Kinabalu, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000002214.pdf Download (2MB) | Preview |
Abstract
Kajian mengenai kepelbagaian mamalia kecil yang melibatkan sebanyak tiga sesi persampelan iaitu bermula pada bulan Ogos 2006 sehingga bulan Febuari 2007 telah dijalankan di Pulau Gaya Tujuan kajian ini adalah untuk melihat taburan kepelbagaian mamalia kecil tidak terbang di pulau itu. Aspek struktur komuniti mamalia kecil yang dikaji adalah kekayaan spesies, kepadatan spesies dan komposisi mamalia kecil tidak terbang. Kaedah yang digunakan adalah persampelan garis transek sepanjang 100 meter dan perangkap dawai yang berumpan untuk memerangkap mamalia kecil. Usaha pemerangkapan yang dibuat adalah 1800 perangkap hari dengan peratus kejayaan keseluruhan pemerangkapan adaIah 2.94%. Sebanyak 53 individu mamalia kecil tidak terbang telah berjaya ditangkap yang terdiri daripada lima spesies iaitu Sundamys muelleri, Rattus rattus, Maxomys rajah, Sundasciurus lowii dan Manis javanica. Kepadatan populasi mamalia kecil tidak terbang yang diperolehi di Pulau Gaya adalah 265 m²/ha dan indeks kepelbagaian Shannon-Weiner adalah 1.22, ini adalah rendah berbanding indeks kepelbagaian yang yang diperolehi di Taman Banjaran Crocker dan di Ladang Sabah Softwoods, Brumas
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | non-volant small mammals, Gaya Island, Shannon-Weiner Diversity Index |
Subjects: | Q Science > QH Natural history > QH301-705.5 Biology (General) |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 29 Apr 2014 12:51 |
Last Modified: | 13 Oct 2017 11:43 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8901 |
Actions (login required)
View Item |