Ang, Hui Keow (2007) Memodelkan pertumbuhan penduduk di negeri Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000002219.pdf Download (2MB) | Preview |
Abstract
Kajian ilmiah ini adalah bertujuan untuk mendapatkan satu model populasi yang sesuai dengan pertumbuhan penduduk di negeri Sabah serta meramalkan bilangan penduduk negeri Sabah pada tahun 2007. Data yang diambil dalam kajian ilmiah ini adalah data tahunan jumlah populasi penduduk Sabah dari tahun 1940 hingga 2005. Model eksponen dan model logistik dipilih dalam kajian ini. Dengan menggunakan kedua-dua model tersebut, bilangan penduduk negeri Sabah dianggarkan berdasarkan kepada data yang sebenar. Melalui model eksponen dan model logistik ini juga, bilangan penduduk negeri Sabah pada tahun 2007 diramalkan. Bagi mendapatkan model yang terbaik, perhitungan untuk menguji kebolehan dan kejituan model dilakukan dengan menggunakan kaedah Peratusan Ralat Mutlak, Pekali Penentuan dan Ujian Kerawakan. Hasil analisis menunjukkan bahawa model eksponen lebih sesuai digunakan untuk membuat ramalan bagi tempoh masa yang pendek manakala model logistik sesuai untuk jangka masa panjang. Secara kesimpulanya, model logistik mempunyai kebolehan dan kejituan model yang lebih tinggi berbanding dengan model eksponen.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | population growth model, Sabah, Absolute Prediction Error, coefficient of determination, Randomness Test, prediction |
Subjects: | Q Science > QA Mathematics |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 19 May 2014 10:05 |
Last Modified: | 13 Oct 2017 11:47 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8909 |
Actions (login required)
View Item |