Taburan logam berat ferum, manganum dan kromium di dalam air bawah tanah di daerah Pitas, Sabah

Kamaruddin Junit (2008) Taburan logam berat ferum, manganum dan kromium di dalam air bawah tanah di daerah Pitas, Sabah. Masters thesis, University Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
mt0000000322.pdf

Download (8MB) | Preview

Abstract

Logam berat di dalam air bawah tanah adalah satu isu yang hangat diperkatakan pada masa kini. Taburan logam berat ferum, manganum dan kromium dalam air bawah tanah dikaji. Perbandingan kepekatan dilakukan terhadap semua lokasi untuk melihat sama ada ianya mematuhi piawaian yang dibenarkan oleh Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) untuk air minuman. Kaedah penentuan logam berat dalam air di dalam makmal yang digunakan ialah proses penghadaman asid dan instrumen Spektrometri Serapan Atom (MS). Terdapat beberapa lokasi kajian mencatatkan nilai logam berat yang tinggi dan melebihi piawaian yang dibenarkan antaranya ialah Datong 1, Kusilad 4 dan Pandan Mandamai. Kandungan ferum adalah yang tertinggi berjulat antara 0.20 - 5.73 mg/l, diikuti manganum 0.05 - 0.49 mg/l dan 0.01 - 0.06 mg/l. Faktor geologi yang mempengaruhi kehadiran logam berat di kawasan kajian dikenalpasti melalui jenis batuan. Jenis batuan yang dijumpai batuan sedimen seperti batu pasir dan batu pasir berkarbonat. Aluvium pantai dan aluvium sungai juga dijumpai di kawasan tanah rendah. Analisis statistik (ANOVA), menunjukkan bahawa wujud perbezaan signifikan (p<0.05) antara kepekatan logam berat dengan jenis batuan. Ini menerangkan bahawa walaupun jenis batuan adalah sama tetapi kepekatan logam berat adalah berbeza. Salah satu parameter yang mempengaruhi keadaan ini ialah nilai pH air bawah tanah. Analisis mendapati bahawa terdapat hubungan negatif antara nilai pH dengan kepekatan logam ferum dan manganum. Semakin rendah pH maka semakin tinggi kepekatan logam ferum dan manganum dalam air bawah tanah. Manakala logam kromium mempunyai hubungan positif dengan nilai pH iaitu semakin tinggi nilai pH semakin tinggi kepekatan kromium dalam air bawah tanah. Perbezaan hubungan ini dapat dijelaskan kadar penyerapan logam berat oleh tanah pada tahap keasidan tertentu.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: heavy metal, groundwater, water, Atomic Absorption Spectrometry (AAS), pH, acidic level, type of rock
Subjects: T Technology > TX Home economics
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 05 May 2014 12:36
Last Modified: 26 Oct 2017 10:14
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8942

Actions (login required)

View Item View Item