Rohana Tair (2009) Taburan logam berat terpilih dalam sedimen, air dan beberapa spesies moluska di paya bakau Lagun Mengkabong, Tuaran,Sabah. Masters thesis, University Malaysia Sabah.
|
Text
mt0000000342.pdf Download (3MB) | Preview |
Abstract
Taburan logam berat (Pb, Cu, Cr, Cd dan Zn) telah dikaji di dalam sedimen, air dan tisu moluska (P. viridis, C iredalei dan G. similis) di kawasan paya bakau Lagun Mengkabong, Tuaran menggunakan spektometry Nyala Sera pan Atom (AAs) untuk menentukan potensi perolehan logam berat oleh spesies moluska yang berbeza terhadap fasa sedimen dan air sebagai penunjuk biologi di kawasan kajian. Didapati min kepekatan logam berat Pb, Cu, Cr, Cd dan Zn dalam sedimen adalah masing-masing dalam julat 9.30 - 56.00, 4.30 - 27.25, 9.30 - 58.75, 0.10 - 1.40, 10.75 - 74.25 mg/kg (berat kering); logam berat dalam air adalah masing-masing dalam julat 0.013 - 0.038, 0.014 - 0.047, 0.002 - 0.010, 0.002 - 0.005, 0.010 - 0.035 mg/L; manakala logam berat dalam tisu moluska adalah masing-masing dalam julat 0.01 - 7.05, 0.07 - 86.61, 0.01 - 11.87, 0.01 - 2.85 dan 2.56 - 426.07 mg/kg (berat kering). Keputusan statistik ANOVA dua hala menunjukkan perbezaan yang signifikan pada P < 0.05 wujud di antara kepekatan logam berat dalam tisu moluska. Didapati kepekatan logam Cu, Cr, Cd dan Zn adalah paling tinggi dalam C iredalei manakala logam Pb adalah paling tinggi dalam G. similis. Kepekatan kesemua logam berat dalam P. viridis adalah paling rendah. Sementara itu, parameter kajian yang terdiri daripada nilai pH, saliniti, suhu, konduktiviti, % bahan organik, komposis lempung, kelodak, pasir dan saiz butiran turut diukur dengan purata masing-masing ialah 7.55, 26.35 %0, 31.80 DC, 45.48 mS/cm, 1.4%, 39.61 %, 26.32 %, 34.07 % dan dan 31 % kandungan pasir halus bersaiz 0.25 - > 0.125 mm. Keputusan pekali korelasi Pearson menunjukkan hubungan kepekatan logam berat yang sederhana kuat wujud di antara sedimen, air dan tisu moluska dengan parameter kajian (0.416 < r < 0.659 (P < 0.05)). Keadaan ini berkemungkinan besar disebabkan oleh perolehan logam berat oleh moluska daripada fasa sedimen dan air yang turut dipengaruhi oleh parameter kajian. Berdasarkan faktor analisis Principal Component Analisis (PCA) logam berat dalam sedimen, air dan tisu moluska dengan parameter kajian, didapati kumpulan faktor terbahagi kepada empat komponen untuk P. viridis dan G. similis manakala bagi C iredalei ialah sebanyak lima komponen. Analisis PCA menunjukkan komposisi lempung dan % bahan organik adalah komponen pertama yang mempengaruhi perolehan logam berat oleh C iredalei daripada fasa persekitarannya. Manakala, P. viridis dan G. similis lebih dipengaruhi oleh nilai pH, saliniti dan komposisi pasir. Seterusnya, kiraan faktor pemekatan biologi logam berat (BCF) terhadap moluska membuktikan pengaruh kepekatan logam berat daripada fasa air dan sedimen yang kuat terhadap penumpukan logam berat oleh C ireda/ei berbanding spesies yang lain dengan julat nilai BCF di antara 0.06 - 3504.53, manakala G. similis dan P. viridis masing-masing dengan nilai di antara 0.07 - 3282.14 dan 0.04 - 803.70. Keputusan nilai BCF ini menunjukkan potensi haiwan moluska yang dikaji sebagai penumpuk kandungan logam berat adalah mengikut susunan C iredalei > G. similis > P. viridis. sungguhpun begitu, ciri-ciri bahan pencemar dan mekanisma penumpukan bahan pencemar oleh setiap haiwan moluska yang dikaji adalah perlu dipertimbangkan untuk menjadikannya sebagai penunjuk biologi di kawasan kajian. Oleh itu, penggunaan spesis moluska yang sama di kawasan yang berbeza berkemungkinan memberikan nilai kepekatan yang berbeza berdasarkan perolehan bahan pencemar di kawasan tersebut.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Keyword: | heavy metal, sediment water, molluscs tissue, Atomic Absorption Spectrometry (AAS), mangrove area |
Subjects: | T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 08 May 2014 15:38 |
Last Modified: | 26 Oct 2017 10:25 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8970 |
Actions (login required)
View Item |