Kashmer Samih (2007) Pengecaman awal kehilangan kualiti rizom halia tua (Zingiber officinale Roscoe cv. Tambunan) semasa pengendalian lepas tuai. University Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000002078.pdf Download (2MB) | Preview |
Abstract
Kajian ini dijalankan adalah untuk menentukan perubahan awal struktur sel yang menyumbang kepada kehilangan kualiti rizom halia tua sepanjang minggu penyimpanan. Terdapat empat rawatan yang diberikan iaitu halia yang dikendalikan dengan baik yang bertindak sebagai kawalan, halia yang mengalami kecederaan akibat mampatan, halia yang mengalami kecederaan akibat geseran serta halia yang mengalami kecederaan akibat mampatan dan geseran. Kajian ini juga turut menilai kualiti visual dan tahap keteguhan tekstur halia. Dalam penentuan perubahan sel halia terdapat tiga elemen yang dinilai iaitu sel parenkima, sel minyak dan kandungan kanji. Melalui pemerhatian didapati bahawa rawatan mampatan dan geseran cepat mengalami kemusnahan pada sel parenkima, sel minyak dan kandungan kanji iaitu pada minggu ke-2. Rawatan mampatan dan geseran juga merupakan rawatan yang banyak mengalami kehilangan kualiti berbanding dengan rawatan kawalan, mampatan dan geseran. Oleh itu, kajian ini boleh digunakan oleh penyelia pengawal mutu hasil halia tua untuk mengenalpasti ciri-ciri awal kerosakan yang disebabkan oleh mampatan, geseran atau mampatan dan geseran
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | cell structure, ginger, rhizome, storage week, friction defect |
Subjects: | Q Science > QK Botany |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 15 May 2014 11:03 |
Last Modified: | 13 Oct 2017 12:01 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/9033 |
Actions (login required)
View Item |