Kajian potensi Trismegistria calderensis ( Musci ) sebagai penunjuk biologi di Gunung Kinabalu

Khairul Nizam Yakob (2007) Kajian potensi Trismegistria calderensis ( Musci ) sebagai penunjuk biologi di Gunung Kinabalu. University Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002243.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk melihat potensi lumut jati tempatan iaitu Trismegistria calderensis (Sull.) Broth. sebagai penunjuk biologi terhadap logam berat Cd, Pb dan Zn yang berpunca dari kenderaan bermotor di kawasan Gunung Kinabalu, Sabah. Spesies lumut jati ini dipilih kerana ia hidup secara dominan di kawasan tanah tinggi tersebut. Tahap kepekatan logam berat Cd, Pb dan Zn yang diserap oleh T. calderensis di lima lokasi kajian yang berbeza jarak dari punca pencemaran diuji dengan menggunakan Alat Spektrofotometer Serapan Atom (AAS). Keputusan kajian menunjukkan T. calderensis mampu menyerap logam-logam berat tersebut pada kepekatan tertentu. Kesemua lokasi menunjukkan kehadiran Zn yang tinggi. Ini diikuti oleh Pb dan Cd. Terdapat hubungan yang signiflkan di antara kepekatan logam berat Pb dan Zn dengan jarak punca pencemaran. Walau bagaimanapun, tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara logam berat Cd dengan jarak punca pencemaran. Selain itu juga, kajian telah mendapati bahawa T. calderensis adalah sesuai untuk dijadikan penunjuk biologi terhadap kehadiran logam berat Pb dan Zn. Kajian ini membuktikan bahawa T. calderensis berpotensi sebagai penunjuk biologi terhadap pencemaran udara di kawasan tanah tinggi.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Trismegistria calderensis (Sull.), heavy metal, Mount Kinabalu, AAS, concentration, biological indicator, air pollution
Subjects: Q Science > QH Natural history > QH301-705.5 Biology (General)
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 19 May 2014 08:54
Last Modified: 13 Oct 2017 12:05
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/9041

Actions (login required)

View Item View Item