Graace Mogan (2007) Aplikasi PERT/CPM dalam penentuan keuntungan kasar projek pembinaan jalan raya. University Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000002268.pdf Download (2MB) | Preview |
Abstract
Teknik PERT (Project Evaluation Review Technique) dan CPM (Critical Path Method) merupakan antara teknik penjadualan projek yang paling beIjaya sehingga ke hari ini. Pembolehubah masa paling kerap digunakan dalam analisis menggunakan teknik ini. Akan tetapi PERT dan CPM juga boleh digunakan untuk menganalisis kos sesuatu projek. Keuntungan kasar merupakan kos pertarna yang dititikberatkan sebelum sesuatu projek itu bermula. Disertasi ini akan membincangkan serta membandingkan keberkesanan dua kaedah iaitu kaedah manual dan kaedah saintifik (PERT/CPM) dalam isu penentuan keuntungan kasar projek pembinaan jalan raya. Keputusan daripada kedua-dua kaedah ini dibandingkan dengan keuntungan sebenar yang diperolehi. Kaedah saintifik memberi keuntungan kasar sebanyak 33% manakala keuntungan sebenar yang telah dicapai adalah 34% daripada nilai kontrak asa1. Gabungan kaedah manual dan kaedah saintifik juga telah dicadangkan untuk memberi keputusan yang lebih persis dan membolehkan pihak pengurusan mengambil keputusan yang rasional.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Project Evaluation Review Technique, Critical Path Method, project evaluation, project's completion time |
Subjects: | Q Science > QA Mathematics |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 04 Jun 2014 10:29 |
Last Modified: | 13 Oct 2017 12:24 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/9105 |
Actions (login required)
View Item |