Etnomatematik: Matematik Vedik

Theenagaran Siwaraman (2007) Etnomatematik: Matematik Vedik. University Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002278.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian ini adalah mengenai Matematik Vedik yang merupakan suatu sistem matematik dahulu kala iaitu 900 tahun sebelum Masihi yang berasaskan sutras atau fonnula perkataan. Terdapat enam belas sutras yang menunjukkan proses atau kaedah pintas yang diperlukan dalam menyelesaikan masalah-masalah matematik tertentu. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji asal usul Matematik Vedik. Selain itu, kajian ini juga mengkaji teknik-teknik pengiraan yang digunakan dalam Matematik Vedik. Seterusnya, kajian ini adalah untuk membuktikan bahawa penggunaan Matematik Vedik adalah lebih mudah dan ringkas berbanding dengan matematik moden. Operasi matematik asas iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi telah digunakan dalam kajian ini. Dalam kajian ini hanya empat sutras daripada enam belas telah dikaji dan digunakan. Hasil kajian mendapati bahawa penggunaan Matematik Vedik yang dikaji lebih mudah, cepat dan hanya melibatkan beberupa langkah yang mengurangkan masa pengiraan jika dibandingkan dengan matematik moden sekarang. Kesimpulannya, penggunaan Matematik Vedik dapat menyelesaikan kebanyakkan masalah- masalah matematik dengan mudah dan ringkas

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Vedic Mathematic, ancient mathematical system, mathematical problem, word formula
Subjects: Q Science > QA Mathematics
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 27 May 2014 13:57
Last Modified: 13 Oct 2017 12:34
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/9121

Actions (login required)

View Item View Item