Nutritional analysis of seaweed Sargassum sp and Eucheuma denticulatum

Pakiawathi Muniandy (2006) Nutritional analysis of seaweed Sargassum sp and Eucheuma denticulatum. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002282.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Analisis kandungan nutrien telah dijalankan bagi rumpai laut Sargassum sp dan Eucheuma denticulatum. Kandungan lembapan telah ditentukan dengan mengeringkan rumpai laut dalam ketuhar, manakala kandungan abu ditentukan melalui pengabuan kering. Kandungan lipid ditentukan melalui pengekstrakan soxhlet, kandungan asid lemak, asid lemak tepu, mono taktepu, poli taktepu ditentukan menggunakan kaedah kromatografi gas. Kandungan protein pula ditentukan menggunakan Macro Kjedahl manakala kandungan mineral (Kalium, Natrium, Kuprum, Besi, Zink) ditentukan menggunakan Atomic Absorption Spectroscopy (AAS). Kandungan lembapan dalam Sargassum sp dan Eucheuma denticulatum adalah 85.89% dan 88.55% masing-masing. Kandungan abu dalam Sargassum sp adalah 44.18% dan Eucheuma denticulatum adalah 48.67%. Kandungan lipid bagi Sargassum sp dan Eucheuma denticulatum adalah 0.28% dan 0.11 % masing-masing. Sargassum sp mengandungi 297.17μ g/g asid lemak yang terdiri daripada 25.75% SFA, 43.61% MUFA, dan 30.64% PUFA. Eucheuma denticulatum mengandungi 222.74μ g/g asid lemak yang terdiri daripada 56.94% SFA, 29.67% MUFA, dan 13.39% of PUFA. Manakala kandungan protein bagi Sargassum sp adalah 35.11 % dan bagi Eucheuma denticulatum adalah 49.65%. Kandungan kalium dan natrium bagi Sargassum sp dan Eucheuma denticulatum adalah 3.78 ppm, 14.63 ppm dan 6.171 ppm, 19.321 ppm masing-masing. Sargassum sp mangandungi 0.127 ppm kuprum, manakala Eucheuma denticulatum mengandungi 0.007 ppm kuprum. Sargassum sp mangandungi 12.444 ppm besi dan 1.393 ppm zink. Manakala Eucheuma denticulatum mengandungi 1.421 ppm besi dan 0.953 ppm zink. Kandungan kebanyakkan nutrien seperti kandungan kelembapan, abu, protein, natrium dan kalium lebih tinggi dalam Eucheuma denticulatum berbanding Sargassum sp.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Sargassum sp, Eucheuma denticulatum, nutrient composition, seaweed
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 02 Jun 2014 12:47
Last Modified: 13 Oct 2017 12:40
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/9143

Actions (login required)

View Item View Item