Perumahan kos rendah: Kajian persepsi di kalangan penghuni di kawasan bandaraya Kota Kinabalu.

Martini Marcus (2009) Perumahan kos rendah: Kajian persepsi di kalangan penghuni di kawasan bandaraya Kota Kinabalu. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002285.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Rumah yang selesa merupakan suatu aspek keperluan fizikal yang amat penting dalam kehidupan manusia. Salah satu agenda matlamat Wawasan 2020, di bawah agenda pembangunan sosial negara adalah menyediakan perumahan yang mencukupi kepada semua golongan masyarakat. Perumahan kos rendah merupakan salah satu langkah yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan bagi memenuhi keperluan golongan yang berpendapatan rendah. Oleh itu, persoalan yang cuba diungkapkan kini, adalah apakah faktor-faktor yang mempengaruhi tahap keselesaan perumahan dikalangan penghuni perumahan kos rendah? Justeru itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji persepsi tentang keselesaan hidup di kalangan penghuni peru mahan kos rendah. Bagi tujuan itu, kajian menggunakan soal-selidik telah dijalankan ke atas 80 orang responden di kawasan Taman Kuala Menggatal. Elemen-elemen yang dikaji terbahagi kepada tiga aspek yang utama iaitu aspek fizikal dalaman, aspek fizikal luaran dan persekitaran sosial perumahan dengan menggunakan pengukuran dan penilaian jenis likert iaitu berdasarkan kepada tahap kepuasan penghuni terhadap elemen-elemen yang dikaji. Teknik analisis yang digunakan adalah analisis Regressi Berganda dengan menggunakan aras keertian 0.05 (95%), dan taburan kekerapan setiap pembolehubah yang dikaji. Hasil kajian mendapati bahawa tahap kepuasan penghuni terhadap rumah mereka adalah di tahap yang 'sederhana' dan berpuas hati dengan keadaan rumah mereka. Kajian juga mendapati bahawa aspek fizikal dalaman, aspek fizikal luaran rumah dan persekitaran sosial perumahan mempengaruhi tahap keselesaan penghuni perumahan kos rendah dikawasan kajian.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: accommodation, low-cost residential, housing area, perception, low financial profit
Subjects: H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
Department: SCHOOL > School of Social Sciences
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 03 Jun 2014 13:52
Last Modified: 13 Oct 2017 12:43
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/9150

Actions (login required)

View Item View Item