Pelakuan jenayah: Sejauhmanakah kebimbangan masyarakat? satu kajian persepsi penduduk bandar di Pulau Pinang

Nor-ina Kanyo and Norizan Hj Md Nor and Ruslan Rainis (2011) Pelakuan jenayah: Sejauhmanakah kebimbangan masyarakat? satu kajian persepsi penduduk bandar di Pulau Pinang. In: Persidangan Kebangsaan Masyarakat, Ruang dan Alam Sekitar (MANTRA 2011), 16-17 November 2011, Hotel Vistana, Pulau Pinang.

[img]
Preview
Text
cp0000000136.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Pelakuan jenayah dilaporkan meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Pelbagai usaha dilakukan dalam membendung peningkatan permasalahan ini agar tidak menjejaskan keharmonian negara dan membimbangkan penduduk bandar secara keseluruhannya.Walau bagaimanapun, masyarakat masih dibelenggu kebimbangan kesan daripada peningkatan masalah pelakuan jenayah kini. Justeru itu, kajian dari pelbagai bidang disiplin ilmu merupakan satu pendekatan terbaik bagi meneliti permasalahan pelakuan jenayah dari pelbagai aspek secara terperinci. Kertas kerja ini cuba mengetengahkan persepsi kebimbangan terhadap pelakuan jenayah harta benda dalam kalangan penduduk bandar di Pulau Pinang khususnya di Daerah Timur Laut dan Barat Daya dari perspektif geografi. Kajian ini pada dasarnya terdiri daripada empat objektif utama iaitu (i) mengenalpasti ciri-ciri pelakuan jenayah harta benda dan meninjau persepsi tahap kebimbangan penduduk terhadap pelakuan jenayah (ii) menilai persepsi penduduk ke atas faktor yang mempengaruhi tahap kebimbangan terhadap pelakuan jenayah (iii) meneliti hubungkait tahap kebimbangan pelakuan jenayah dengan status sosio-ekonomi penduduk dan, (iv) mengupas persepsi kesan tahap kebimbangan pelakuan jenayah terhadap kualiti hidup penduduk dan cadangan langkah pencegahan jenayah di kawasan kajian. Bagi memudahkan perbincangan, kertas kerja ini difokuskan ke atas persepsi tahap kebimbangan dan jenis jenayah yang membimbangkan. Persepsi tahap keselamatan dan perubahan pelakuan jenayah kawasan kajian juga turut diketengahkan.

Item Type: Conference or Workshop Item (UNSPECIFIED)
Keyword: Pelakuan jenayah, Persepsi kebimbangan, Penduduk bandar, Pulau Pinang
Subjects: H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
Depositing User: MDM FAUZIAH MATSIN
Date Deposited: 02 Jul 2014 14:31
Last Modified: 09 Nov 2017 15:59
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/9227

Actions (login required)

View Item View Item