Sofia Johari (2007) Kondisi tumbesaran dan nutrisi timun laut (Holothuria scabra) dalam sistem kultur. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
|
Text
mt0000000392.pdf Download (2MB) | Preview |
Abstract
Penghasilan benih timun laut (Holothuria scabra) dalam kaptiviti untuk tujuan akuakultur dan penambahan stok menjadi semakin penting bagi menangani masalah kekurangan stok liar akibat eksploitasi ber1ebihan. Walaubagaimanapun, kemandirian dan tumbesaran benih dalam kaptiviti adalah tidak konsisten. Kajian-kajian dalam tesis ini dilakukan bagi menyeragamkan sistem kultur untuk memastikan keadaan kultur yang sesuai, tumbesaran lebih cepat dan peningkatan kemandirian bagi benih sebelum aktiviti pembesaran dilakukan secara besar-besaran. Salah satu isu yang ditangani dalam tesis ini adalah kesukaran penentuan biomass yang berpunca daripada kebolehan spesis ini mengubah bentuk badan dan menyimpan serta mengeluarkan sejumlah air dan ruang 'coelomic' semasa pengukuran spesimen hidup. Faktor-faktor penting mempengaruhi kemandirian dan tumbesaran H. Scabra dalam kaptiviti seperti gizi, pertukaran air dan kepadatan stok ditentukan dengan merekabentuk dan menguji kaedah kultur eksperimental yang bertainan. Faktor utama mempengaruhi tumbesaran dalam kaptiviti yang diuji adalah keperluan gizi buatan menggunakan sumber murah dan mudah didapati seperti rumpai laut (Sargassum sp. and Eucheuma sp.) dan nutrien tambahan. Kemungkinan mengurangkan kos serta menambah kecekapan pengeluaran melalui kuttur bersama udang (Penasus monodon) dengan kombinasi gizi dan kepadatan stok yang bertainan, serta sangkar laut juga diuji. Kecekapan rumpai laut (Euchsuma sp.) sebagai 'biofitter' dalam sistem tertutup juga diambil kira. Kebolehyakinan penganggaran biomass menggunakan ukuran Hnear didapatkan berdasarkan korelasi yang tinggi dan konsisten antara panjang berat tanpa air (R²=0.9612) dan panjang-berat kering (R²=0.9578). yang mana amat berguna bagi kajian spesimen hidup populasi liar atau dalam kaptiviti. Ujikaji dalam kaptiviti menggunakan rumpai laut dalam gizi, menunjukkan kadar kernandirian dan tumbesaran yang balk. Walaupun, gizi Eucheuma sp. dengan pemangkin kalsium-fosfat memberikan kadar tumbesaran paling tinggi (10.469 mg/hari), gizi mengandung; Sargassum sp. sahaja memberikan kadar tumbesaran yang hampir setanding (p > 0.05), yang mana menjadikan SBrgassum sp. pilihan yang lebih baik dan murah. Kebaikan Sargsssum sp. dalam diet dibuktikan lebih lanjut dengan keputusan ujikaji kultur bersama dimana kemandirian udang didapati lebih tinggi dalam rawatan menggunakan rumpai laut ini sebagai makanan berbanding dengan gizi berasaskan haiwan (pellet udang dan pumpun) kemungkinan akibat peningkatan immuniti djsebabkan peningkatan aktiviti 'prophenoloxidase'. Tumbesaran H. Scabra juga ditingkatkan dengan kehadiran udang (0.738 g/hari) akibat peningkatan kualiti bentik oleh udang, menunjukkan potensi bagi mengkultur bersama kedua-dua spesis ini bagi mendapatkan pulangan yang lebih menguntungkan. PengkuKuran H. Scabra di dalam sangka, taut menunjukkan ianya lebih ekonomi berbanding dengan dalam tangki. Walaupun spesimen dalam sangkar laut menunjukkan kadar kemandirian yang rendah, tumbesaran adatah lebih baik (0.238g1han) pada kepadatan stok 150g/m². Ini mungkin disebabkan adanya sumber bekalan makanan sernulajadi dan pertukaran air berterusan dalam sangkar. Walaubagaimanapun, kualiti air dalam sistem tertutup boleh ditingkatkan dengan 'blofiltration' menggunakan Eucheuma sp. Walaupun tiada peningkatan tumbesaran spesimen dalam tangki dengan rumpai laut (p > 0.05), kadar kemandirian yang tinggi menunjukkan keadaan persekitaran yang sesuai dikekalkan daiam sistem ini. Tahap nutrien terlarut rendah dalam sistem dengan rumpai menunjukkan keberkesanan Eucheuma sp. dalam 'blofiltration'. Kajian ini menunjukkan bahawa kecekapan penghasilan boleh ditingkatkan melalui maniputasi faktor-faktor seperti gizi, kepadatan stok, pertukaran air, ciri-ciri substrat dan kandungan bahan organik, dan melalui polikultur dengan spesis yang bersesuaian.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Keyword: | sea cucumber, juvenile, culture system, nutrition condition, captivity, biomass estimation technique, seaweed |
Subjects: | S Agriculture > SH Aquaculture. Fisheries. Angling |
Department: | INSTITUTE > Borneo Marine Research Institute |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 30 Jun 2014 12:48 |
Last Modified: | 30 Oct 2017 09:58 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/9244 |
Actions (login required)
View Item |