Gaya komunikasi pengetua dan hubungannya dengan kepuasan kerja dalam kalangan guru

Che Hawa Teh (2006) Gaya komunikasi pengetua dan hubungannya dengan kepuasan kerja dalam kalangan guru. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
mt0000000400.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti gaya komunikasi yang diamalkan oleh pengetua di Sekolah-sekolah Menengah Kebangsaan di Daerah Beaufort. Kajian ini juga bertujuan untuk melihat hubungan gaya komunikasi arahan kerja, penglibatan kerja, rasional kerja dan maklum balas kerja dengan kepuasan kerja dalam kalangan guru. Kajian ini melibatkan tujuh buah sekolah menengah di Daerah Beaufort. Sam pel kajian seramai 179 orang guru dipilih dengan menggunakan kaedah persampelan rawak mudah. Data telah dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan korelasi Pearson. Melalui kaedah deskriptif, min, sisihan piawai dan peratus digunakan. Dapatan menunjukkan gaya komunikasi yang paling kerap diamalkan oleh pengetua-pengetua di Daerah Beaufort ialah gaya komunikasi arahan kerja. Dapatan juga menunjukkan gaya komunikasi ekspresi negatif merupakan gaya komunikasi yang paling kurang diamalkan oteh pengetua-pengetua di Daerah Beaufort. Sementara gaya komunikasi ekspresi positif, penglibatan kerja, rasional kerja, penerangan kerja dan maklum balas kerja diamalkan pada tahap yang sederhana sahaja. Kajian juga mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara gaya komunikasi arahan kerja, komunikasi penglibatan kerja, komunikasi rasional kerja dan komunikasi maklum balas kerja dengan kepuasan kerja dalam kalangan guru di Daerah Beaufort.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: style of communication, principal, National Secondary School, satisfaction, teacher
Subjects: L Education > L Education (General)
Department: SCHOOL > School of Education and Social Development
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 01 Jul 2014 14:37
Last Modified: 30 Oct 2017 10:01
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/9252

Actions (login required)

View Item View Item