Kamisah Beddu (2006) Hubungan antara konsep kendiri dan kepimpinan di kalangan pemimpin pelajar di tiga buah sekolah di daerah Penampang. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
|
Text
mt0000000416.pdf Download (9MB) | Preview |
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk melihat hubungan konsep kendiri dengan kepimpinan di kalangan pemimpin pelajar di tiga buah buah sekolah di daerah Penampang. Kewujudan golongan pemimpin ini dikalangan pelajar-pelajar biasa yang lain amatlah penting dalam mewujudkan suatu persekitaran sekolah yang baik . Selain itu golongan yang merupakan pelapis pemimpin masa akan datang ini juga memerlukan perhatian dan kajian khas bagi meningkatkan daya kepemimpinan dan karisma dalam diri mereka. Kajian ini bukan sahaja mampu menjadi daya penarik untuk semua golongan pelajar agar membentuk dan mengembangkan pontensi diri mereka untuk menjadi pemimpin di mana sahaja mereka berada tetapi juga berupaya untuk membantu para guru , pihak pentadbir , para ibu bapa dan masyarakat amnya untuk sama-sama memahami dan memberikan sokongan kepada golongan ini untuk terus memajukan diri. Kajian ini menggunakan soal selidik TSCS iaitu ujian Konsep Kendiri dan soal selidik Kersey iaitu ujian Kepimpinan sebagai alat kajian, dengan menggunakan program SPSS 12.0 yang melibatkan ujian T dan Korelasi Pearson. Kajian ini mendapati bahawa pemimpin pelajar mempunyai konsep kendiri yang sederhana dan kepimimpinan yang tinggi . Walau bagaimanapun kajian ini juga membuktikan bahawa tidak terdapat hubungan antara konsep kendiri dan kepimpinan di kalangan pemimpin pelajar .
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Keyword: | self esteem, leadership, student's leaders group, SPSS, secondary school |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Department: | SCHOOL > School of Education and Social Development |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 10 Jul 2014 11:09 |
Last Modified: | 30 Oct 2017 10:03 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/9276 |
Actions (login required)
View Item |