Pembangunan produk aiskrim herba dari Clinacanthus nutans

Rohasniza Ariffin (2013) Pembangunan produk aiskrim herba dari Clinacanthus nutans. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002306.pdf

Download (11MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk pembangunan produk aiskrim berasaskan herba Clinacanthus nutans. Pengformulasi bagi produk aiskrim ini adalah kepada pengubahsuaian dari segi nisbah kandungan Clinacanthus nutans dan susu segar. 3 formulasi terpilih dari 9 formulasi melalui ujian pemeringkatan Balanced lncompleted Block Design (BIB). Formulasl terbaik dipilih berdasarkan ujian sensori skala hedonik. Formulasi 6 dengan kombinasi 3.5% Clinacanthus nutans, 64% susu segar, 15% krim, 4% susu tepung skim, 11% gula, 1.5% kuning telur dan 3.3% Carboxymethy Cellulose (CMC) merupakan paling diterima dan dipilih sebagai formulasi terbaik. Analisis proksimat telah dijalankan untuk menentukan kandungan nutrisi dalam produk aiskrim. Hasil produk akhir akan disimpan pada suhu -20 + 1°C dan ujian mutu penyimpanan bagi aiskrim dikaji sehingga minggu ke-8 dari segi ujian fizikokimia, ujian mikroorganisma dan ujian sensori perbandingan berganda. Analisis fizikokimia adalah melibatkan penentuan pH dan jumlah pepejal larut. Ujian kiraan jumlah plat dan kiraan yis dan kulat dijalankan bagi ujian mikroorganisma. Ujian perbandingan berganda dijalankan untuk menentukan jika terdapat perbezaan signifikan antara produk segar dan produk yang disimpan. Analisis proksimat menunjukkan produk ini mengandungi 10.14 + 0.65% kandungan lemak, 4.00 + 0.06% protein, 66.25 + 0.38% kelembapan, 0.68 + 0.06% serabut kasar, 0.86 + 0.18% abu dan 18.06 + 0.59% karbohidrat. Produk aiskrim ini menunjukkan terdapat penurunan nilai dalam analisis fizikokimia iaitu nilai bacaan pH dan jumlah pepejal terlarut. Hasil ujian mikroorganisma menunjukkan produk aiskrim yang disimpan adalah mengalami kenaikan bagi pertumbuhan mikroorganisma sewaktu tempoh penyimpanan disebabkan oleh keadaan persekitaran penyimpanan aiskrim yang digunakan adalah tidak sesuai. Berdasarkan kepada hasil ujian perbandingan berganda, tiada perbezaan yang signifikan bagi penerimaan keseluruhan produk. Bagi ujian penerimaan pengguna, 43% responden sudi membeli produk ini jika dipasarkan.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Clinacanthus nutans, herbal ice cream, Incompleted Block Design (BIB) test, hedonic scale test,
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 29 Sep 2014 12:03
Last Modified: 13 Oct 2017 12:59
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/9613

Actions (login required)

View Item View Item