Penghasilan serbuk minuman segera campuran jambu batu, rumpai laut dan teh hitam

Yeong, Li-Yee (2013) Penghasilan serbuk minuman segera campuran jambu batu, rumpai laut dan teh hitam. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002344.pdf

Download (13MB) | Preview

Abstract

Rumpai laut merah, Kappaphycus alvarezii mempunyai nilai komersial yang tinggi dan digunakan secara meluas dalam pelbagai jenis produk makanan. Kajian ini dijalankan untuk membangunkan serbuk minuman segera campuran jambu batu, rumpai laut K. alvarezii dan teh hitam. Daripada 9 formulasi, formulasi 1 telah dipilih sebagai formulasi terbaik melalui ujian sensori hedonik. Formulasi 1 mengandungi 35% jus jambu batu dan 15% rumpai laut. Campuran tersebut melalui proses pengeringan semburan dan menggunakan maltodekstrin sebagai ejen pembawa dalam proses pengkapsulan. Suhu masuk dan suhu alur keluar untuk pengeringan semburan ialah 150°C dan 85°C. Serbuk yang diperoleh bercampur dengan stevia, serbuk teh hitam, gam gellan dan maltodekstrin untuk menghasilkan produk terakhir. Ujian proksimat menunjukkan bahawa produk akhir mengandungi kandungan lembapan 6.92±0.28%, abu 1.82±0.10%, protein 1.33±0.01%, serabut diet 1.49±0.00%, lemak 0.17±0.08%, karbohidrat 88.23±0.45% dan tenaga sebanyak 36kcal/10g (saiz hidangan). Produk juga menjalankan ujian fizikokimia yang merangkumi pH, asid tertitrat, °Briks, warna, ketumpatan, kelarutan dalam air dan Vitamin C. Kajian penstoran hayat telah dijalankan pada suhu 25±2°C selama 8 minggu. Aktiviti air menunjukkan perbezaan signifikan (p<0.05) sejak minggu ke-4 berbanding dengan minggu 0. Ujian mikrobiologi menunjukkan bahawa kiraan plat agar masih berada dalam julat 25-250. Produk ini diramalkan adalah mikrobiologi stabil dan mempunyai jangka hayat lebih daripada 8 minggu. Ujian pengguna telah menunjukkan bahawa 60% pengguna akan membeli produk ini sekira dipasarkan dan produk ini mempunyai potensi dalam pasaran di Malaysia.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Kappaphycus alvarezii, red seaweed, formulation, black tea, instant drink, maltodextrin, spray drying
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 24 Oct 2014 14:45
Last Modified: 13 Oct 2017 14:45
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/9783

Actions (login required)

View Item View Item