Penghasilan serbuk minuman the bambangan dengan menggunakan teknik pengeringan semburan

Rosmainie Yanting (2013) Penghasilan serbuk minuman the bambangan dengan menggunakan teknik pengeringan semburan. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002352.pdf

Download (10MB) | Preview

Abstract

latihan ilmiah ini dijalankan untuk menghasilkan serbuk minuman teh bambangan dengan menggunakan teknik pengeringan semburan. Dua bahan utama iaitu buah bambangan dan teh digunakan dalam penghasilan produk ini. Peratusan bambangan yang digunakan adalah pada 35% dan 45% manakala teh pada 30% dan 40%. Kesemua empat formulasi telah dikeringkan melalui teknik pengeringan semburan dengan penambahan maltodekstrin sebanyak 10% pada suhu inlet 170°C dan outfet 90°C. Keputusan analisis fizikokimia menunjukkan serbuk dengan peratusan bambangan sebanyak 35% dan 45% bambangan mempunyai nilai pH, keasidan, asid askorbik, kandungan pepejal terlarut dan ketumpatan pukal yang rendah. Seterusnya, ujian keterlarutan menunjukkan bahawa serbuk ini senang larut dalam air pada suhu bilik. Berdasarkan analisis proksimat, kesemua serbuk mengandungi kandungan lembapan, abu, protein dan lemak yang rendah. Selain itu, serbuk dengan peratusan bambangan pada 35% dan 45% mengandungi komposisi karbohidrat dan serabut kasar yang tinggi (p<0.05). Analisis sensori menunjukkan bahawa serbuk dengan 45% bambangan dan 30% teh merupakan serbuk yang paling diterima secara keseluruhan berbanding formulasi lain. Kesimpulannya, serbuk minuman teh bambangan ini boleh diterima dari segi sensori disebabkan kandungan keasidan yang rendah, senang larut dalam air pada suhu bilik dan mempunyai kandungan karbohidrat serta serabut kasar yang tinggi.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: bambangan, tea drink, spray drying technique, maltodextrin
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 27 Oct 2014 13:02
Last Modified: 13 Oct 2017 15:06
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/9796

Actions (login required)

View Item View Item