Penghasilan snek ikan campuran rumpai laut (Eucheuma cottonii) menggunakan ekstruder skru berkembar

Nur Atikah Mohd Ridwan Lee (2013) Penghasilan snek ikan campuran rumpai laut (Eucheuma cottonii) menggunakan ekstruder skru berkembar. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002395.pdf

Download (14MB) | Preview

Abstract

Ekstruder skru berkembar digunakan untuk menghasilkan snek ikan campuran rumpai laut. Terdapat tiga formulasi yang dihasilkan dan peratus rumpai laut yang digunakan adalah 0%, 10% dan 20% daripada tepung ubi kayu. Kesan penggantian separa tepung ubi kayu dengan 0%, 10% dan 20% serbuk rumpai laut ke atas ciri-ciri fizikokimia dan sensori snek ikan telah ditentukan. Ciri-ciri fizikokimia telah ditentukan dengan nisbah pengembangan, indeks pengembangan keratan, pengembangan isipadu, analisis profil tekstur, indeks keterlarutan air, indeks serapan air, ketumpatan pukal, porosity, wama dan analisis proksimat. Penganalisis Tekstur (TA.XT Plus Analyze) digunakan untuk menentukan analisis profil tekstur snek ikan. Selain itu, analisis proksimat digunakan untuk menentukan komposisi kimia, manakala penerimaan snek ikan dinilai menggunakan Ujian Skala Hedonik. Keputusan menunjukkan snek ikan dengan 10% serbuk rumpai laut mempunyai nisbah pengembangan, indeks pengembangan keratan, pengembangan isipadu, porosity dan kekohesifan yang tinggi, dengan ketumpatan pukal, kekerasan dan kerapuhan yang rendah (p<0.05) berbanding dengan penggantian 0% dan 20%. Di sam ping itu, terdapat juga perbezaan signifikan pada nilai L, a* dan b- (p<0.05). Snek ikan dengan 10% serbuk rumpai laut menunjukkan wama yang sedikit kekuningan. Tambahan pula, penambahan 20% serbuk rumpai laut meningkatkan kandungan protein dan menurunkan kandungan karbohidrat (p<0.05). Penilaian sensori menunjukkan snek ikan dengan 10% serbuk rumpai laut mempunyai skor tertinggi dalam atribut rupa, wama dan rasa (p<0.05). Kesimpulannya, rumpai laut boleh digunakan dalam penghasilan snek ikan menggunakan ekstruder skru berkembar. Snek ikan dengan 10% serbuk rumpai laut mempunyai pengembangan yang lebih baik, tekstur yang rangup, sedikit wama kekuningan dan diterima baik oleh panel.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: fish snack, seeweed, twin screw extruder, TA.XT Plus Analyze
Subjects: ?? TP368-456_Food_processing_and_manufacture ??
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 11 Nov 2014 12:56
Last Modified: 23 Oct 2017 16:24
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/9879

Actions (login required)

View Item View Item