Kos perbelanjaan makanan berkhasiat dalam kalangan pelajar Universiti Malaysia Sabah

Foo, Ming Hooi (2013) Kos perbelanjaan makanan berkhasiat dalam kalangan pelajar Universiti Malaysia Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002400.pdf

Download (11MB) | Preview

Abstract

Peruntukan kewangan yang mencukupi adalah sangat penting dalam memastikan makanan yang mencukupi dan seimbang. Kajian ini mempunyai tiga objektif yang berlainan iaitu (i) untuk membandingkan perbezaan dalam pengambilan makanan antara pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) dari kumpulan sosio-demografi yang berlainan, (ii) untuk menentukan kos perbelanjaan makanan berkhasiat minimum pelajar Universiti Malaysia Sabah dalam sajian sehari, dan (iii) untuk menentukan peratusan perbelanjaan sebulan dalam kalangan pelajar Universiti Malaysia Sabah. Seramai 98 orang respnden yang mengambil bahagian dalam kajian ini (n=98, lelaki=42, perempuan=56). Pelajar lelaki dan perempuan tidak menunjukkan perbezaan signifikan dalam pengambilan sajian sehari mereka (p>0.05). Pelajar yang ditanggung oleh keluarga mempunyai pengambilan makanan yang lebih berkhasiat. Keseluruhannya, pelajar tidak mempunyai tabiat makan yang khasiat. Kos perbelanjaan makanan dan kesanggupan perbelanjaan dalam makanan berkhasiat berada pada tahap sederhana. Kos minimum yang dibelanja oleh pelajar UMS untuk kumpulan makanan berkhasiat dalam sajian harian adalah tidak melebihl RM1. Pelajar menyumbangkan sebahagian besar peruntukan kewangan sebulan mereka dalam perbelanjaan makanan. Kesimpulannya, majoriti pelajar mempunyai pengambilan makanan yang tidak berkhasiat. Ciri-ciri sosio-demografi pelajar telah mempengaruhi pengambilan makanan dan corak perbelanjaan mereka.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: finandal provision, food intake, nutritious food, expenses
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 11 Nov 2014 12:55
Last Modified: 23 Oct 2017 16:30
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/9888

Actions (login required)

View Item View Item