Muhammad Ikhwan Hussin (2013) Penghasilan ais krim kelapa. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000002404.pdf Download (8MB) | Preview |
Abstract
Objektif utama kajian ini adalah untuk menghasilkan ais krim kelapa. Pembentukkan formulasi ais krim kelapa ini adalah berasaskan pengubahsuaian dari segi peratus santan kelapa dan pulpa kelapa muda manakala peratus air kelapa muda dan gula adalah ditetapkan. Sebanyak lima formulasi dibentuk daripada gabungan nisbah santan kelapa dan pulpa kelapa muda iaitu dengan 45:5, 35:15, 25:25, 15:35 dan 5:45. Daripada kelima-lima formula ini, formula satu dipilih sebagai formula terbaik hasil daripada ujian sensori Hedonik dengan kandungan 45% santan kelapa, 5% pulpa kelapa muda, 35% air kelapa muda dan 15% gula. Ais krim kelapa ini diuji dengan analisis proksimat dan didapati mengandungi nilai pemakanan dengan kelembapan 77.72 ± 1.08%, 0.924 ± 0.067% protein, 2.065 ± 0.122% lemak, 0.471 ± 0.208% abu dan 18.81 ± 1.09% karbohidrat. Ais krim kelapa ini mempunyai nilai pH 6.16 ± 0.04%, 24.83 ± 1.76 oBriks dan mempunyai nilai koordinat warna dengan L* = 88.89 ± 0.76, a* -0.67 ± 0.03 dan b* 3.63 ± 0.09. Hasil produk ini mempunyai nilai keupayaan kembangan 17.24 ± 1.11%. Perubahan mutu simpanan dalam masa lapan minggu dikaji dengan ujian fizikokimia, ujian mikrobiologi dan ujian sensori pemeringkatan berganda. Walaubagaimanapun, ais krim kelapa ini terdapat sedikit perubahan dari segi kualiti pada minggu ke-lapan. 100 orang responden terlibat dalam ujian pengguna. 72% pengguna suka akan ais krim kelapa dan 35% pengguna akan membeli produk ini. Produk ini memiliki potensi untuk dipasarkan selain nilai pemakanannya
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | coconut, ice cream, formulation, product development |
Subjects: | ?? TP368-456_Food_processing_and_manufacture ?? |
Department: | SCHOOL > School of Food Science and Nutrition |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 11 Nov 2014 12:43 |
Last Modified: | 23 Oct 2017 16:34 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/9892 |
Actions (login required)
View Item |