Logam berat dalam moluska meretrix meretrix dan potensinya sebagai penunjuk biologi

Wahi Abdul Rashid (2006) Logam berat dalam moluska meretrix meretrix dan potensinya sebagai penunjuk biologi. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
mt0000000490.pdf

Download (14MB) | Preview

Abstract

Kajian terdahulu mendapati moluska sesuai digunakan sebagai penunjuk biologi bagi pencemaran logam berat. Walau bagaimanapun kajian terkini mendapati moluska berupaya meregulasi logam berat dari tubuhnya. Keadaan ini mampu menjejaskan keberkesanan penggunaan moluska sebagai penunjuk biologi. Sehubungan itu kajian ini dijalankan untuk menentukan kesan regulasi logam berat terhadap potensi moluska sebagai penunjuk biologi. Spesies M. meretrix dan logam Cr, Cu, Pb dan Zn telah dipilih untuk kajian ini. Secara keseluruhannya kajian ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kajian di lapangan dan makmal. Kajian lapangan melibatkan anal isis logam berat dalam air muara, sedimen dan M. meretrix di mana hubungan di antara kepekatan logam berat dalam M. meretrix dengan air muara dan sedimen ditentukan. Sementara itu, kajian makmal pula melibatkan analisis regulasi logam berat dalam M. meretrix dalam tempoh 480 jam. Hasil kajian di lapangan mendapati kepekatan logam Cr dan Cu dalam sam pel M. meretrix mempunyai hubungan yang signifikan dengan air muara tetapi tidak mempunyai hubungan yang signifikan untuk logam Pb dan Zn. Sementara itu kepekatan logam Cr, Pb dan Zn dalam M. meretrix mempunyai hubungan yang signifikan dengan sedimen tetapi tidak mempunyai hubungan yang signifikan untuk logam Cu. Dalam kajianmakmal pula, didapati M. meretrix berupaya meregulasi logam Cu pad a kadar 0.424 mgg�¹ sehari dan Zn pada kadar 35.466 hingga 48.127 mgg�¹ sehari. Secara keseluruhannya kajian ini mendapati M. meretrix berpotensi dijadikan sebagai penunjuk biologi untuk logam Cr, Cu, Pb dan Zn berdasarkan nilai korelasi dengan air muara atau sedimen. Walau bagaimanapun, kajian makmal menunjukkan bahawa M. meretrix berupaya meregulasi logam Zn lebih tinggi berbanding kadar penumpukannya. Sehubungan itu dapat disimpulkan bahawa penggunaan M. meretrix sebagai penunjuk biologi untuk logam Zn adalah kurang berkesan. Sementara itu, kajian makmal menunjukkan kadar penumpukan logam Cu lebih tinggi berbanding kadar regulasi, maka dapat disimpulkan bahawa M. meretrix sangat sesuai dijadikan penunjuk biologi untuk logam Cu.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: mollusca, heavy metal pollution, biological indicator, Meretrix meretrix
Subjects: T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 12 Nov 2014 12:50
Last Modified: 30 Oct 2017 11:41
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/9925

Actions (login required)

View Item View Item