DNA fingerprinting of Pineapple (Ananas comosus var, comosus) using random amplified polymorphic DNA (RAPD) markers

Muhammad Azfar Abdullah (2005) DNA fingerprinting of Pineapple (Ananas comosus var, comosus) using random amplified polymorphic DNA (RAPD) markers. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000836.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Penanda RAPD (random amplified polymorphic DNA) yang dihasilkan oleh primer yang rawak telah berjaya digunakan untuk mengesan polimorfisma genetik di antara nenas (Ananas comosus var. comosus) yang berlainan variasi, iaitu Paun, Madu dan Sarawak yang diambil dari Babagon, Tamparuli dan Sipitang. Perhubungan genetik di antara variasi-variasi juga telah ditentukan. DNA diekstrak menggunakan protokol salting out (Miller, 1988) yang telah diubah suai. PCR dijalankan dengan menggunakan dua sampel bagi setiap variasi menggunakann primer RAPD OPA4, OPA8, dan OPA10. Produk PCR dipisahkan di dalam 2% gel agarose. Sejumlah 32 fragmen DNA dengan saiz julat antara 100-1300 bp telah dihasilkan daripada amplifikasi PCR, di mana 68.7% fragmen DNA adalah polimorfik. Jarak genetik yang ditentukan (Nei & Li, 1979) di antara dan sesama variasi menunjukkan nilai antara 0.1330-0.3191. Produk amplifikasi putatif yang variasi-spesifik juga telah diperoleh (OPA4.3 dan OPA10.11 untuk variasi Paun; OPA4.7 untuk variasi Madu).Dinyatakan di sini amplifikasi ini boleh digunakan sebagai penanda diagnostik bagi pengecaman sesuatu variasi. Nilai jarak genetik yang diperoleh telah digunakan untuk menghasilkan satu Neighbour-Joining dendrogram. Analisis kelompok ini menunjukan terdapat dua kumpulan utama, di mana kumpulan pertama terdiri daripada variasi Paun dan Madu, manakala kumpulan kedua terdiri hanya daripada variasi Sarawak. Maklumat ini adalah penting bagi membuat keputusan yang baik bagi kemajuan tanaman ini.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Varieties of pineapple, Ananas comosus var. comosus, Babagon, Tamparuli, Sipitang
Subjects: Q Science > QK Botany > QK1-989 Botany > QK710-899 Plant physiology
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 04 Jan 2013 18:21
Last Modified: 13 Oct 2017 15:06
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/5626

Actions (login required)

View Item View Item