Penilaian pengetahuan hidrasi dan status hidrasi atlet karate

Lee, Jit Ai (2013) Penilaian pengetahuan hidrasi dan status hidrasi atlet karate. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002420.pdf

Download (10MB) | Preview

Abstract

Penghidratan adalah berkait rapat dengan sukan kombat yang dikelaskan mengikut berat badan. Kehilangan berat badan secara akut dapat dicapai dengan mengehadkan kuantiti pengambilan air. Kajian ini adalah kajian keratan rentas. Seramai 30 atlet Karate peringkat Sabah telah menyertai kajian ini. Terdapat empat objektif dalam kajian ini: (1) untuk menbandingkan status hidrasi, (2) mengetahul kuantiti pengambilan air, magnitud perpeluhan, dan perubahan berat badan atlet; (3) untuk menilai pengetahuan hidrasi; dan (4) untuk mencadangkan pelan pengambilan cecair individu atlet serna sa dan selepas latihan. Keputusan kajian ini menunjukkan kuantiti pengambilan air subjek semasa latihan adalah tidak mencukupi. Pemerhatian kajian ini juga menunjukkan tahap pengetahuan hidrasi dan keberkesanan penggantian cecair subjek kajian ini adalah kurang memuaskan. Status hldrasi sebelum latihan petang dan pagi selepas latihan petang bagi 30 subjek menunjukkan hubungan korelasi positif yang signifikan (rs=0.825, p<0.001). Min kuantiti kehilangan peluh, magnitud perpeluhan semasa latihan, dan min perubahan berat badan subjek juga menunjukkan perbezaan yang signifikan antara jantina (p<0.001). Selain itu, kuantiti pengambilan cecair semasa latihan tidak menunjukkan hubungan yang signifikan ke atas keseimbangan cecair badan subjek (r= -0.019, p=0.920). Hanya skor pengetahuan hidrasi dan status hidrasi sebelum latihan mempunyai perkaitan yang signifikan. Pemerhatian ini menyokong hipotesis bahawa status hidrasi atlet berkai-rapat dengan tahap pengetahuan hidrasi. Keputusan kajian juga menyokong hipotesis bahawa pengambilan cecair semasa latihan adalah bergantung kepada kepertuan individu.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: hydration, karate athlete, knowledge level, weight
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 28 Nov 2014 14:13
Last Modified: 23 Oct 2017 17:01
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10041

Actions (login required)

View Item View Item