Penghasilan kordial lobak merah

Lai, Eng Lee (2002) Penghasilan kordial lobak merah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002426.pdf

Download (8MB) | Preview

Abstract

Penyelidikan ini dilakukan untuk membangunkan produk kordial berasaskan sayur-sayuran di mana lobak merah yang matang dipilih. Sebanyak 10 formulasi kordial lobak merah dihasilkan dengan pengubahsuaian parameter perahan lobak merah, gula dan air suling dan 4 formulasi terbaik akan dipilih berdasarkan kepada ujian sensori dan ujian fizikokimia. Analisis fizikokimia yang dijalankan tennasuklah warna, jumlah pepejal larut (ºBrix), pH dan peratus keasidan. Ujian hedonik dengan 7 senggatan dilakukan untuk penilaian sensori dalam atribut kemanisan, kemasaman, wama, aroma dan penerimaan keseluruhan dengan menggunakan 30 ahli panel tidak terlatih daripada pelajar UMS terhadap 4 formulasi terbaik itu. Sample berkod 976 mempunyai nilai skor min yang paling tinggi diikuti oleh sample berkod 214. Sample berkod 976 menggunakan 45.15% perahan lobak merah, 45.15% gula, 8.15% air suling, 0.8% asid sitrik 50%, 0.35% sodium benzoat 20% dan 0.4% gam xanthan manakala sample berkod 214 menggunakan 45.15% perahan lobak merah, 40.15% gula, 13.15% air suling, 0.8% asid sitrik 50%, 0.35% sodium benzoat 20% dan 0.4% gam xanthan. Kajian mutu simpanan terhadap sampel berkod 976 dan 214 menunjukkan bahawa kedua-dua sampel itu dapat disimpan dengan selamat untuk tempoh masa selama 6 minggu. Kesemua sampel kordial lobak merah memberikan tahap kebersihan yang memuaskan dengan tempoh penyimpanan 6 minggu setelah ujian mikrobiologi dijalankan.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: carrot, cordial, extraction, formulation
Subjects: ?? TP368-456_Food_processing_and_manufacture ??
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 23 Dec 2014 10:11
Last Modified: 24 Oct 2017 10:47
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10240

Actions (login required)

View Item View Item